ISU PASIR SELANGOR - Dokumen Sulit Pembunuhan Patrick Wong Didedahkan

 




Akuan Bersumpah

Dokumen diatas merupakan satu dokumen yang akuan Bersumpah yang SAH mengenai kenyataan seorang lelaki cina yang terlibat dalam penyelewengan pendapatan rakyat Selangor melalui hasil penjualan Pasir.

Gomo nak memetik ulasan dari Kita Gempur.Com

Skandal pasir di Selangor sebenarnya tidak akan tamat selagi kerajaan PKR memerintah. Kenapa aku katakan begitu? Kerana pasir Selangor adalah antara sumber dana terbesar untuk kerajaan negeri kerana kegagalan mereka untuk menjana ekonomi daripada sumber lain. Tidak perlu mendabik dada diatas jumlah simpanan tetap kerajaan negeri kerana semua duit itu adalah hasil penjualan aset-aset yang ada. Sebelum aku pergi jauh, tolong fikir, kenapa dengan duit kerajaan negeri yang berbillion itu tidak dibelanjakan untuk rakyat Selangor? Sumber mengesahkan bahawa duit tersebut akan digunakan untuk dana pilihanraya nanti.

Kematian Patrick Wong yang disyaki dibunuh selepas dikatakan akan membongkar skandal pasir KSSB sebenarnya bukan satu perkara yang pelik. Pendedahan RPK itu ada betulnya. Setiap individu yang cuba mengganggu KSSB akan di ugut supaya tidak lantang bersuara kerana kerajaan PKR tidak mahu ada pengacau dalam memastikan kantung kewangan mereka mencapai target sebelum PRU bermula.



Diatas ini pula Laporan Polis yang telah dibuat oleh bekas pegawai pemasaran yang telah dipecat oleh Syarikat Keroni Kerajaan Selangor yang mana mengesahkan KBSB dibawah pentadbiran Khalid telah mengaut keuntungan yang besar melalui Wong Swee Leong pegawai kanan KBSB. Wong Swee Leong merupakan ketua jabatan Pemasaran KBSB yang berada dibawah tanggungjawap Ronnie Liu.

Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wong Swee Leong telah memberi harga khas untuk pasir kepada sebuah syarikat bernama Sungai Rambai Angkut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Dato' Tan Chin Huat dengan harga RM13.50 satu tan pasir sedangkan harga pasaran adalah RM17.50.

MP Kapar juga pernah menamakan Wong Swee Leong ini sebagai antara pegawai kanan KSSB yang terlibat di dalam perlombongan pasir secara haram di Selangor. MP Kapar juga mereka bertanggungjawab terhadap kerugian RM10 juta kerana salah urus dan mendakwa mereka mengeluarkan permit kepada pengusaha lombong pasir haram

Psssttt... Rakyat Selangor harus mendesak agar Satu Suruhanjaya Siasatan Diraja Ditubuhkan dalam menyiasat penyelewengan ini.



Related Post

  • Erry Putra diugut bunuhJARANG kita dengar cerita panas mengenai pelakon yang begitu popular dengan drama bersiri Nora Elena ini. Siapa lagi kal…
  • InSTAR raih dua emas pertandingan inovasiSekolah Berasrama Penuh Integrasi Tun Abdul Razak (InSTAR) sekali lagi menyerlahkan keupayaannya dengan memenangi dua pi…
  • Taiwan destinasi pelancongan IslamTAIWAN yang mempunyai jumlah penduduk hampir 26 juta orang kini semakin mendapat tempat sebagai destinasi pelancongan me…
  • Jambatan dua terowongMENAKJUBKAN. Itulah perkataan yang boleh digambarkan jika anda melihat kehebatan sebuah jambatan gantung di China yang d…
  • 1,138 calon guru ikuti KPLSPM JunKUALA LUMPUR 16 Ogos - Seramai 1,138 calon guru ditawarkan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (…
0 Komentar untuk "ISU PASIR SELANGOR - Dokumen Sulit Pembunuhan Patrick Wong Didedahkan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info