Lions XII Kembali Lebarkan Kedudukan Pendahulu Liga Super

 
 
KUALA LUMPUR – Pasukan Lions XII dari Singapura kembali memperkukuh kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas menewaskan Sarawak 3-0 dalam perlawanan tunggal liga di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.
Kemenangan ke-13 daripada 22 perlawanan musim ini membolehkan skuad bimbingan V. Sundramoorthy itu memungut 44 mata, berkelebihan tujuh mata di depan pesaing terdekat, Kelantan.
Pada perlawanan itu, Safuwan Baharudin membuka jaringan seawal minit keenam selepas memanfaatkan balingan jauh oleh Baihakki Khaizan dari tepi padang.
Agu Casmir menjaring gol kedua pada minit ke-36 selepas berlaku kekeliruan dalam kotak penalti pasukan pelawat sebelum menambah gol untuk pasukan tuan rumah pada minit ke-64.
Kekalahan itu bagaimanapun tidak mengubah kedudukan Sarawak di tangga kelapan liga dengan 23 mata selepas beraksi dalam 18 perlawanan. – Bernama


Related Post

  • Kejar duit ke?Apakah keuntungan hasil jualan tiket mengatasi keperluan pemain untuk menikmati kelebihan beraksi di gelanggang sendiri?…
  • Samun duit ibadat korban RM35,000Tiga lelaki bersenjata menyamun wang kira-kira RM35,000 milik syarikat penceramah bebas, yang dipercayai mahu digunakan …
  • Samsung Malaysia Electronics melancarkan telefon pintar siri paling popular terbarunya, Galaxy Note 3 LTE di pasaran Mal…
  • Cerita iPhoneWalaupun model baru iPhone 5S menampilkan pelbagai ciri terkini jauh lebih baik daripada sebelumnya, kos mengeluarkan te…
  • Sohosnita - jom berniaga onlinePenggunaan internet memberi banyak kelebihan kepada masyarakat masa kini. Andainya digunakan kemudahan dengan sebaiknya …
0 Komentar untuk "Lions XII Kembali Lebarkan Kedudukan Pendahulu Liga Super"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info