Piala FA: Kafa Beri Imbuhan RM500,000 Kepada Pemain

 
 
Kelantan menjulang Piala FA 2012 selepas menewaskan Sime Darby 1-0 
KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan memberi imbuhan keseluruhan sebanyak RM500,000 kepada semua pemain sempena kemenangan Kelantan menjulang Piala FA malam tadi.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata daripada jumlah berkenaan sebanyak RM300,000 akan diberi secara tunai manakala bakinya dalam bentuk percutian.
"Kita akan beri bonus tersebut dalam masa terdekat ini kepada pemain," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Ketibaan beliau disambut kira-kira 2,000 penyokong The Red Warriors yang memakai baju merah sebagai tanda sokongan selepas Kelantan bergelar juara pada saingan Piala FA menewaskan Sime Darby FC 1-0 melalui sepakan penalti di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama pasukan The Red Warriors. – Bernama


Related Post

  • 300 ikan pari terdampar di pantaiURSULO GALVAN - Pihak berkuasa Mexico sedang menyiasat kematian sekurang-kurangnya 300 ekor ikan pari yang ditemui terd…
  • 'Jual tapak bazar Ramadan RM60,000'Ada persatuan peniaga yang memperoleh tapak niaga di bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), di sini, menjual kep…
  • Datin sepak kemaluan penyamunDua penyamun bersenjatakan pistol yang menceroboh masuk sebuah rumah mewah di Bandar Sri Damansara, di sini, hanya sempa…
  • Aksi karaoke paling bahayaLondon: Pelawak yang juga pelakon lagak ngeri Steve-O mencipta nama melalui kecederaan dan kesakitan dialami akibat aks…
  • RM386,000 dalam stokinSan Ysidro: Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa kastam kerana menyorokkan wang AS$128,547 (RM385,641) di dalam stok…
0 Komentar untuk "Piala FA: Kafa Beri Imbuhan RM500,000 Kepada Pemain"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info