Shah Rukh Khan diharam ke stadium seumur hidup

18 Mei – Aktor Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan (SRK) telah diharamkan daripada masuk ke stadium seumur hidup akibat kekecohan yang tercetus antaranya dengan pengawal keselamatan di Stadium Kriket, Wankhhede Mumbai, Rabu lalu.
 
Menurut laporan daripada Tribune, bintang berusia 46 ini yang juga merupakan pemilik bersama pasukan Liga Perdana Kriket India, Kolkata Knight Riders, kini berdepan dengan siasatan polis akibat insiden berkenaan. SRK dikatakan telah membawa sekumpulan remaja, termasuk anak perempuannya Suhana masuk ke padang stadium berkenaan selepas tamat perlawanan pada malam Rabu.
 
Bagaimanapun, SRK telah dihalang oleh beberapa pengawal keselamatan dari memasuki padang berkenaan, dan ia telah menyebabkan berlakunya pertengkaran hampir 15 minit sebelum SRK dilihat meninggalkan stadium.
 
"Pihak keselamatan telah menasihati SRK supaya meninggalkan padang namun beliau cuba untuk mencetuskan pergaduhan," kata Nitin Dalal yang merupakan Setiausaha Persatuan Kriket Mumbai (MCA).
 
Dalal berkata, SRK dan sekumpulan remaja telah masuk ke padang selepas sejam setengah perlawanan tamat kerana mahu bermain kriket.
"Pengawal keselamatan telah memaklumkan kepadanya ini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian, namun aktor itu menunjukkan sikap agresifnya malah menggunakan bahasa kesat terhadap pengawal keselamatan," ujarnya lagi.
 
Dalal turut mengesahkan bahawa pihak MCA telah membuat satu laporan polis berhubung insiden berkenaan dan telah memutuskan untuk mengharamkan SRK daripada menjejak kaki ke Stadium Wankhede seumur hidupnya.
"Kami telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan dia masuk ke stadium ini lagi, untuk apa-apa perlawanan kriket pun tidak boleh," kata Bendahari MCA, Ravi Savant.
 
Sementara itu, SRK telah dipanggil untuk hadir ke mahkamah Jaipur hujung bulan ini selepas dia didapati telah melanggar undang-undang larangan merokok apabila dia dilihat merokok di kawasan stadium.


Related Post

  • Filem Tanda PuteraPerbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) patut membenarkan filem 'Tanda Putera' ditayang kepada orang ramai, …
  • Gambar bayi dalam gelasBanyak cara unik untuk mengabadikan gambar bayi-bayi mungil dan lucu. Salah satu yang jadi tren adalah foto bayi yang te…
  • Cara buat kapetIndia terkenal tidak hanya dalam hal sejarah dan arsitektur yang indah, tetapi juga untuk karpet buatan tangan. Seni mem…
  • Pahang kena rm100 000, JDT rm20 000Kelana Jaya: Insiden kekecohan penyokong sehingga menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul M…
  • Gambar bayi yang di selamatkan dari paipPetugas pemadam kebakaran di timur China berhasil menyelamatkan bayi yang baru lahir dan dibuang ke dalam toilet dan ter…
0 Komentar untuk "Shah Rukh Khan diharam ke stadium seumur hidup"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info