Aktiviti Air Dalam PLKN Akan Diteruskan Selepas Pembinaan Kolam Bersimen

 
 
SUNGKAI, 9 Jun – Aktiviti air di kolam semulajadi dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dihentikan ketika ini akan dilaksanakan semula selepas semua kem latihan di seluruh negara dilengkapi kolam bersimen.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan meminta semua pengusaha kem PLKN untuk membina kolam bersimen bagi menggantikan kolam semulajadi yang digunakan untuk aktiviti air sebelum ini.
"Dalam peraturan yang dikeluarkan oleh kementerian, untuk pengambilan kali ini kita tidak masukkan modul latihan dalam air kerana kita tidak mahu sebarang jangkitan yang disebabkan oleh air berlaku kepada peserta PLKN," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Felda Negeri Perak di sini, hari ini.
Beliau berkata langkah itu adalah bagi menjaga keselamatan pelatih PLKN berikutan insiden kematian seorang pelatih, R.Vinoth dari kem Terkok, Sungai Siput, Perak, akibat kencing tikus pada 12 Mac lepas.
Sehubungan itu, katanya Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) akan bersidang dalam tempoh terdekat bagi mengarahkan semua pengusaha kem PLKN terlibat untuk membina kolam simen tersebut.
"Dalam perjanjian (sedia ada) mereka mempunyi kos tertentu dan jika kolam dibina secara tetap, satu perjanjian baru akan diambil kira bagi menentukan kos berkenaan di mana mungkin perjanjian konsesi akan dipanjangkan mengikut pelaburan yang dilakukan oleh pengusaha kem".
Katanya kolam itu akan dibina selepas Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengadakan rundingan dengan pengusaha kem terlibat kerana ia melibatkan pelaburan yang agak besar iaitu sekitar RM200,000 hingga RM500,000.
Ketika ini, terdapat lebih 24,000 pelatih bagi kumpulan dua 2012 sedang mengikuti latihan PLKN di 79 buah kem di seluruh negara lebih sebulan lalu.
Kini hanya sebuah sahaja kem PLKN yang mempunyai kolam renang iaitu di Sibu, Sarawak.


Related Post

  • Arrora Salwa kaki bomoh? NAMANYA mula diikuti peminat selepas single pertamanya berjudul Ahmad mendapat tempat di hati peminat. Bagaimanapun se…
  • Kamera Samsung Galaxy Menawarkan 21 kali pemfokusan lensa pembesaran menjadikan kamera Samsung Galaxy sesuai digunakan dalam apa jua keadaan…
  • Sekolah Imtiaz di setiap daerahKUALA TERENGGANU 6 Dis. - Sekolah Imtiaz yang dikelolakan Yayasan Terengganu (YT) dijangka ditubuhkan di setiap daerah d…
  • Penghantaran al-Quran ke Kemboja KIRA-KIRA 500,000 umat Islam di Kemboja pasti berasa gembira apabila Yayasan Restu Malaysia (YRM) menghantar sejumlah …
  • Piala AFF - Norshahrul mahu buru gol awalSEPANG - Selepas menamatkan kemarau jaringan dalam kempen Piala Suzuki AFF kali ini menentang Thailand kelmarin, Norshah…
0 Komentar untuk "Aktiviti Air Dalam PLKN Akan Diteruskan Selepas Pembinaan Kolam Bersimen"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info