Cara Pelajar Dapat Diskaun Untuk Konsert Maher Zain

 
Maher Zain
PETALING JAYA: Para pelajar di negara ini boleh menyaksikan konsert Maher Zain Forgive Me Live In Malaysia 2012 yang bakal berlangsung Sabtu ini di Stadium Merdeka, dekat sini dengan potongan harga sebanyak 20 peratus.
Perunding Wonderland Artistry Sdn Bhd Goh Yoke Leng berkata, para pelajar perlu menunjukkan kad pelajar masing-masing di semua kaunter jualan TicketCharge yang dilantik untuk urusan penjualan tiket.
"Pihak kami mendapati Maher Zain turut diminati oleh golongan pelajar dan adalah wajar diskaun untuk mereka diberikan bagi menyaksikan persembahan tersebut nanti," katanya.
Menurutnya, konsert yang bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam itu adalah satu acara istimewa kerana penyanyi yang popular dengan lagu Insya-Allah tersebut akan membuat kemunculan khas.
Dalam masa yang sama, para penonton juga boleh menyaksikan persembahan artis undangan iaitu Irfan Makki dan Raef yang turut dijemput.
Sementara itu selain tiket untuk para pelajar, pihak penganjur masih lagi menyediakan tiket kepada orang ramai bagi menyaksikan persembahan berkenaan.
Tiket-tiket dijual dengan harga RM78, RM138, RM238 dan RM298.
Ia boleh dibeli dengan melayari www.ticket-charge.com.my
Konsert berkenaan ditaja oleh Etiqa Takaful Bhd dan One Drop Perfume serta disokong oleh Tourism Malaysia, Inteam Records dan Warner Music Malaysia.


Related Post

  • Punca bayi jadi kuning Masalah penyakit kuning di kalangan bayi baru lahir adalah fenomena yang kerap berlaku. Jika ditanya, ramai ibu me…
  • Ratu kasutPENGGEMAR kasut memecahkan rekodnya sendiri dengan memiliki 16,400 barangan bertema kasut. Darlene Flynn, 57, dari Romo…
  • Pelajar beriman cemerlangANDA ingin menjadi pelajar cemerlang. Perkara ini bukan sesuatu yang mudah, tetapi tidak sukar untuk diperoleh asalkan a…
  • Cinta hati Nad SEGELINTIR artis tidak selesa berbicara soal sudah berpunya atau belum. Ada yang mengambil sikap berahsia, tak kur…
  • Ular peliharaan terbesar di duniaKANSAS: Beratnya lebih 136 kilogram, panjang 7.62 meter dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 orang untuk mengangkatnya. …
0 Komentar untuk "Cara Pelajar Dapat Diskaun Untuk Konsert Maher Zain"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info