Dapur gas memasak jenama iPhone kena rampas

 


Para peminat iPhone dijangka kecewa kerana produk istimewa jenama iPhone ini tidak sempat sampai ke Malaysia kerana terlebih dahulu telah dirampas oleh pihak berkuasa di China.

Produk tersebut adalah dapur gas penunu tunggal jenama iphone yang telah dirampas oleh polis dari dua gudang di wilayah Wuhan, China.


Bahagian hadapan gapur gas berkenaan adalah berwarna hijau dan memaparkan logo Aple serta iphone, serta dipakej dalam kotak yang juga berwarna hijau.

Kesemua 681 unit dapur gas memasak yang dirampas didapati tidak dilengkapi sistem perlindungan pencegahan 'flame-out', tetapi mempunyai sijil pematuhan yang berlabel "Apple China Limited".



Dapur gas itu walau bagaimanapun dikhuatiri tidak boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon serta hanya mempunyai satu aplikasi terbina dalam iaitu untuk memasak :P

Sumber: micgadget.com


Related Post

  • Kupu-kupu gergasi muncul di PahangKemunculan jutaan kupu-kupu gergasi sejak seminggu lepas di bandar ini menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan pen…
  • TEKNOLOGI telefon pintar phablet dan tablet terus melangkah maju dengan penambahan beberapa fungsi yang dapat membantu p…
  • Apex, Leuniey adakan majlis akikah anak < 1 / 1 > PASANGAN suami isteri, Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha telah mengadakan majlis akikah unt…
  • Jersey percuma dari maxis!Piala Dunia 2014 dah hampir tiba nih, korang dah ready dengan jersey ke belum? Nak harapkan jersey Tesco, pe baram bro, …
  • Oksigen bersih tunjang kesihatanKita terdedah kepada faktor persekitaran, pemakanan dan gaya tidak sihat yang menjadi penyumbang kepada pelbagai punca m…
0 Komentar untuk "Dapur gas memasak jenama iPhone kena rampas"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info