GAMBAR - ANAK LEMBU BERKEPALA DUA DI LAHIRKAN

KAHERAH – Seorang bekas petani di utara Mesir, Sobhy el-Ganzoury menyatakan seekor lembu miliknya melahirkan anak lembu berkepala dua yang disifatkannya sebagai keajaiban Tuhan di sebuah kampung di Iskandariah.
Sobhy menyatakan kelmarin anak lembu ganjil itu mengambil masa dua jam untuk dilahirkan dan dia terpaksa membantu proses kelahiran dengan menarik haiwan tersebut keluar.
 
Menurutnya, proses kelahiran yang sukar itu menyebabkan kaki anak lembu tersebut lemah.
Dia berkata, seorang doktor haiwan memaklumkan kepadanya bahawa anak lembu yang lahir pada minggu lepas itu kini stabil dan dijangka dapat terus hidup.
Katanya, dia mahu memelihara haiwan itu sebagai peringatan bahawa Tuhan mampu melakukan apa sahaja.
Anak lembu berkenaan tidak dapat berdiri kerana kepalanya yang berat dan kakinya masih lemah.
Haiwan itu minum susu ibunya yang diberi dengan menggunakan botol susu bayi. – AP


Related Post

  • Doktor cabul budakJOHOR BAHRU - Seorang doktor ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, semalam, bagi membantu siasat…
  • PLUS perkenal bengkel bergerakSEREMBAN - Konsesi lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mewujudkan perkhidmatan bengkel bergerak (WOW) bagi memberi p…
  • Jimmy Choo dilantik sebagai Profesor UiTMSHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) melantik pereka kasut terkenal dan Duta Genovasi, Datuk Dr. Jimmy Choo seba…
  • Manusia supersonikPADA lewat malam 15 Oktober lalu (waktu Malaysia), jutaan manusia di seluruh dunia tidak berkelip mata selama empat mini…
  • Nad Zainal jawab dakwaan diboikot wartawanTIDAK semena-mena nama pelakon yang semakin meningkat naik, Nad Zainal terpalit dengan kontroversi kononnya dia akan dip…
0 Komentar untuk "GAMBAR - ANAK LEMBU BERKEPALA DUA DI LAHIRKAN"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info