Badan Menggigil Dengar Tembakan, Pelajar Menceritakan Detik Di Syria

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar Malaysia yang baru pulang ke Syria setelah bercuti di Istanbul, Turki menceritakan saat cemas untuk kembali ke Damsyik yang merupakan ibu kota Syria apabila helikopter tentera berlegar-legar di udara sambil melepaskan tembakan bertalu-talu.
Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, 25, berkata pada mulanya, dia menaiki bas dari bandar Aleppo menuju ke Damsyik.
Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di Jisir Baghdad, pihak tentera menahan kumpulannya dan tidak membenarkan mereka meneruskan perjalanan.
"Saya terpaksa berjalan kaki sejauh 25 kilometer untuk ke Damsyik namun bersyukur dapat menumpang sebuah lori bersama tiga rakan warga Syria," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Syria bergolak dengan perang saudara berikutan keengganan Presiden Bashar Al-Assad untuk meletakkan jawatan yang telah menyebabkan kumpulan pemberontak meneruskan perjuangan menentang askar-askar Syria sejak Mac tahun lalu.
Menurut Muhammad Nadir, ketika tiba di pinggir bandar Damsyik pada pukul 7.30 malam, sebuah helikopter berlegar di ruang udara sambil melepaskan tembakan ke arah sebuah bangunan.
 
 
"Bunyi letupan meletus dan berselang-seli dengan bunyi tembakan ke udara.
"Kami begitu takut dan saya tidak putus-putus berzikir dalam hati supaya dapat pulang dengan selamat," ujar pemuda itu yang merupakan Exco Penerangan Persatuan Pelajar Malaysia Syria (PPMS).
Pelajar jurusan Syariah dan Bahasa Arab di Ma'ahad Dawil, Damsyik itu yang mempunyai keluarga di Bandar Baru Bangi, Selangor bersyukur kerana terselamat.
"Tidak ada mayat kelihatan tetapi kerosakan pada bangunan sekitar kawasan itu jelas dapat dilihat,'' katanya.
Ketika ditanya mengenai keadaan rakyat Malaysia di sana, dia menjelaskan, rakyat Syria telah banyak membantu memastikan keselamatan mereka terjamin.
"Jika ada pelajar Malaysia yang pulang lewat daripada kuliah, beberapa orang penduduk yang lengkap bersenjatakan parang dan kayu akan mengiringi pelajar kita pulang ke rumah dengan selamat," katanya.


Related Post

  • Chong Wei rampas takhta No. 1KUALA LUMPUR - Kekecewaan Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Olimpik London sedikit terubat apabila dia merampas kembali tak…
  • Sekolah buat soalan sendiriKUALA LUMPUR 27 Sept. - Mulai tahun depan, semua soalan peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil …
  • Duit jual rumah biayai umrahEMPAYAR perniagaan Zakaria Hassan iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Fayrooz Marketing Sdn. Bhd., pernah jatuh merudum tahun …
  • Menebus dosa silamKEDUDUKAN semua insan di sisi Allah SWT adalah sama, hanya yang membezakan adalah ketakwaan dan keimanan seseorang. Beg…
  • Atasi parut jerawatMeningkat usia remaja, imej di kalangan rakan-rakan terutama dari segi penampilan diri menjadi semakin penting. Namun u…
0 Komentar untuk "Badan Menggigil Dengar Tembakan, Pelajar Menceritakan Detik Di Syria "

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info