Kekayaan David Beckham

KACAK dan tangkas di padang bola ternyata membuat nilai diri David Beckham melambung tinggi. Selain menerima bayaran yang cukup lumayan menerusi pekerjaan sebenarnya sebagai pemain bola sepak kelab LA Galaxy dengan bayaran sekitar RM7 juta sebulan, Beckham memperoleh pendapatan luar biasa sebagai duta beberapa produk.
 
Menurut laporan, dengan hanya menjadi model iklan dan duta produk untuk jenama Armani, Adidas, Samsung dan Diet Coke pada tahun lalu, Beckham berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM60 juta.
 
Malah Beckham turut berkongsi pendapatan lumayan bersama isterinya, Victoria melalui wangian ciptaan mereka serta jenama yang dijual di bawah payung H&M.
"Jumlah pendapatan lumayan yang diperoleh oleh Beckham membuktikan bahawa dia masih popular, berkuasa, berpengaruh dan kuat untuk dijadikan model atau duta produk. Malah untuk tahun ini, pendapatan Beckham dijangka menjadi lebih tinggi walaupun ramai yang berpendapat kariernya sebagai pemain bola sepak sudah hampir berkubur," ujar seorang sumber kepada The Sun.


Related Post

  • Cara penipuan internet di buatKuching: Polis menahan 84 warga China dan Taiwan yang disyaki terbabit dalam kegiatan penipuan internet membabitkan keru…
  • Titik pun bolehKuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa selain tanda pangkah X pada kertas undi, tanda lain sepe…
  • Jolie bedah payudara LOS ANGELES - Pelakon jelita Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan, dia telah menjalani pembedahan mastektomi pada ke…
  • Sekolah ditutup kerana menuai tumbuhan 'viagra' di Nepal KATHMANDU - Sejumlah sekolah di pedalaman Nepal lengang dan sesi persekolahan terpaksa dihentikan selepas para pendud…
  • Shila dapat PR ChinaPerjalanan kerjaya Shila Amzah meneroka industri seni suara di China semakin selesa apabila dia memperoleh status Pemast…
0 Komentar untuk "Kekayaan David Beckham"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info