Pelawak terkenal Imuda kerugian RM7,000 rumah dipecah masuk

KUALA LUMPUR - Pelawak terkenal tanah air, Ab Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, di sini dipecah masuk baru-baru ini.
   
Namun Imuda, 52, hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang semalam selepas beliau bersama keluarganya baru pulang setelah bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.
   
"Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang," katanya kepada pemberita di kediamannya hari ini.
   
Berikutan itu, beliau membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya.
   
Imuda berkata suspek kemungkinan terdiri daripada tiga atau empat individu dan masuk melalui tingkap dan jeriji hadapan yang diumpil menggunakan pemutar skru.

"Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur," katanya.
   
Imuda yang mula dikenali dalam sitkom komedi 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu' itu berkata kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu.
   
"Bulan lepas rumah jiran hadapan saya juga pernah dimasuki perompak," katanya.
   
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
   
"Kita sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah yang jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda," katanya. - Bernama


Related Post

  • Studio Edrie Hashim dipecah masukKUALA LUMPUR 23 Sept. - Studio rakaman milik gitaris terkenal tanah air, Edrie Hashim, 39, dipecah masuk petang semalam.…
  • Pesta setiap mingguKUALA LUMPUR: Jika sebelum ini negara pernah digemparkan dengan parti kolam atau 'Pool Party' yang menggalakkan wanita b…
  • Ratu kasutPENGGEMAR kasut memecahkan rekodnya sendiri dengan memiliki 16,400 barangan bertema kasut. Darlene Flynn, 57, dari Romo…
  • Ular peliharaan terbesar di duniaKANSAS: Beratnya lebih 136 kilogram, panjang 7.62 meter dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 orang untuk mengangkatnya. …
  • Perspektif IKIM: Makanan pengaruhi akhlak Sumber rezeki haram boleh sebabkan hati 'kotor', hidup tidak tenteramImam Ghazali berkata, "Jika kita ingin anak m…
0 Komentar untuk "Pelawak terkenal Imuda kerugian RM7,000 rumah dipecah masuk"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info