Kolej Mara jadi Institut Perindustrian Mara-Jepun

TOKYO – Kabinet pada Rabu lepas meluluskan penjenamaan semula Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Beranang, Selangor sebagai Institut Perindustrian Mara-Jepun (MJII).
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika mengumumkan perkara itu berkata, ia satu inisiatif yang akan memberi manfaat kepada negara.
 
"Saya yakin penjenamaan semula ini dapat membantu kita untuk lebih fokus dalam meningkatkan kerjasama dengan kerajaan dan syarikat-syarikat Jepun, termasuk yang berada di Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Jumaat.
Mohd Shafie melakukan lawatan kerja lima hari ke Jepun mulai semalam.
 
Beliau berkata, jumlah pelaburan antara Malaysia dan Jepun dalam bidang pendidikan dianggarkan berjumlah kira-kira RM880 juta.
Mohd Shafie menarik perhatian bahawa kira-kira 900 pelajar tajaan Mara kini melanjutkan pengajian mereka di Jepun di peringkat ijazah dalam bidang perindustrian. – BERNAMA


0 Komentar untuk "Kolej Mara jadi Institut Perindustrian Mara-Jepun"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info