'Sila undur Che Mat'

Kuala Terengganu: Bola sepak Terengganu semakin panas. Peminat bola sepak skuad Penyu yang kecewa dengan pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diterajui Datuk Che Mat Jusoh melancarkan kempen 'Asal Bukan Che Mat' (ABC), mulai Rabu lalu.

Kempen bertemakan "Demonstrasi Kebangkitan Bola Sepak Terengganu' itu bertujuan menggesa Che Mat melepaskan jawatan dan rombakan dilakukan terhadap pengurusan PBSNT.
Menerusinya peminat terbabit memasang poster ABC di beberapa lokasi di bandar Kuala Terengganu manakala laman facebook bertajuk Rombak PBSNT mendapat lebih 4,000 reaksi yang bersetuju rombakan itu dilakukan.

Jurucakap laman facebook itu, Mohd Arif Kori, berkata kempen ini adalah inisiatif peminat bola sepak dan bukan anjuran mana-mana persatuan atau kelab penyokong.

"Mana-mana peminat bola sepak Terengganu boleh menyertai kempen ini dan mereka boleh meluahkan perasaan mereka melalui facebook berkenaan," katanya.


Related Post

  • Usah terpengaruh kiamat Jumaat iniKuala Lumpur: Umat Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh atau mempercayai ramalan bahawa kiamat akan berlaku Jumaat …
  • Apa itu SEOSEO adalah singkatan bagi satu terma teknologi maklumat iaitu Search Engine Optimization. SEO sering dibincangkan dala…
  • Penggodam dipenjara papar gambar bogel selebriti ASLOS ANGELES: Mahkamah Amerika Syarikat (AS) semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap seorang penggodam komp…
  • Lukisan medium dakwahUSAHA memartabatkan al-Quran tidak pernah terhenti, malah pelbagai idea baru sentiasa diilhamkan oleh Allah SWT kepada s…
  • SOS pop diva rock metalUMMER On September (SOS) mula mengorak langkah pada pertengahan tahun 2009 dengan membawa konsep lagu progressive metal …
0 Komentar untuk "'Sila undur Che Mat'"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info