Amy Search tutup Restoran Cheng Ho

KUALA LUMPUR - Selepas empat tahun beroperasi, penyanyi Amy Search akhirnya menerima hakikat bahawa Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju di sini terpaksa ditutup mulai semalam.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak yang diberi tanggungjawab untuk menguruskannya berdepan pelbagai masalah.
 
"Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Amy, dia memulakan perniagaan tersebut empat tahun lalu dengan modal RM250,000.
 
Bagaimanapun pada bulan Jun tahun lalu dia menyerahkan segala urusan perniagaan itu kepada seorang rakan tetapi ia berdepan masalah.
Restoran tersebut menyediakan masakan ala Cina kegemaran pelanggan antaranya ketam masak telur masin, udang bersalut mentega dan ikan siakap nyonya.
Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Restoran Cheng Ho sebelum ini.
Justeru, katanya, tiada pihak yang dibenarkan menggunakan nama tersebut.


Related Post

  • Tersentuh pengislaman NadiawatiKELAB Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) menganjurkan Program Kembara D…
  • 1 maut 4 cedera loji Samsung di Korea bocorSEOUL 29 Jan. - Sebuah loji membuat cip milik Samsung Electronics di Korea Selatan bocor dan mengeluarkan bahan kimia to…
  • Aidil calon ketua pasukanPETALING JAYA - Ketiadaan beberapa pemain senior dalam skuad kebangsaan memberi ruang buat pertahanan negara, Aidil Zafu…
  • Apek akan rampas No. 1PETALING JAYA - Khairul Fahmi Che Mat berpeluang untuk merampas semula posisi penjaga gol No. 1 negara ekoran kecederaan…
  • Elemen vokasional dalam sekolah K9Konsep Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) yang mengandungi elemen Pendidikan Asas Vokasional (PAV) di peringkat meneng…
0 Komentar untuk "Amy Search tutup Restoran Cheng Ho "

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info