Apex: Hubungan kami bukan lagi rahsia

KOTA BHARU – "Hubungan kami bukan lagi rahsia." Itu pengakuan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat ketika ditanya status terkini hubungan beliau dengan model jelita, Nur Eiluniey Natasha Nazri atau Luniey.

Khairul Fahmi atau dikenali Apex mengakui hubungan beliau dengan model SimplySiti berusia 21 tahun itu kini melangkah ke fasa yang sangat istimewa sebagai pasangan kekasih.

"Seperti mana tersiar dalam sebuah akhbar tempatan kelmarin, saya akui kebenaran cerita tersebut. Memang tak dinafikan hubungan saya dengan dia bukan lagi sekadar kawan biasa. Dalam erti kata lain, hubungan kami ini lebih daripada itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

"Saya kenal dia apabila digandingkan bersama sebagai model iklan minyak wangi SimplySity beberapa bulan lalu. Selepas itu, kami mula berkawan rapat sehingga mencetuskan hubungan istimewa ini.

"Mengenai perancangan untuk berkahwin, saya berserah kepada ALLAH SWT. Yang pasti, saya akan beritahu kepada semua pihak. Saya tak akan sembunyikan perkara yang baik ini. Lagi pun keluarga kedua-dua belah pihak juga merestui perhubungan ini," katanya.

Sebelum itu, gosip hubungan antara Apex dengan Luniey bertebaran sejak beberapa bulan lalu tetapi dinafikan oleh pasangan tersebut. Namun baru-baru ini, sebuah blog hiburan memaparkan gambar mereka sekali gus mengukuhkan dakwaan kedua-duanya mempunyai hubungan yang istimewa selama ini.

Penjaga gol berusia 23 tahun itu berkata, sudah tiba masanya beliau membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan istimewanya dengan Luniey bagi mengelakkan disalah tafsir banyak pihak.

"Sebelum ini orang sering anggap saya sebagai playboy, apabila saya keluar dengan perempuan itu, perempuan ini. Bila saya beritahu perkara ini, saya harap orang akan faham dan tidak akan bercakap perkara yang bukan-bukan mengenai kami," katanya.

Mengulas sejauh mana perhubungan mereka, Apex berkata, Luniey seorang wanita yang begitu memahami karier bola sepak beliau dan tidak sesekali mengganggu tumpuannya sama ada ketika mempunyai tugasan bersama skuad Kelantan atau pun kebangsaan.

"Kami sibuk dengan kerjaya masing-masing. Saya dengan bola sepak, dia pula dengan perniagaan butik pengantinnya. Hanya telefon dan medium internet menjadi penghubung di antara kami ketika ini," katanya.


Related Post

  • Kereta Honda Accord Serba BaruHonda Malaysia Sdn Bhd melancarkan model Accord serba baru yang disasarkannya menguasai 30 peratus daripada pasaran seg…
  • Hishamudin Rais diberkasKUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki termasuk bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishamudin Rais bag…
  • Saman pasal spermaHari ni aku suka baca citer yang pelik-pelik jer untuk merehatkan minta aku dan juga memikirkan idea nak tulis pasal top…
  • Pewaris Red Bull dikenakan waran tangkapBANGKOK - Satu waran tangkap terhadap pewaris empayar minuman tenaga Red Bull akan dikeluarkan selepas dia gagal hadir …
  • Teliti latar belakang 'baju hitam'PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa supaya meneliti terlebih dahulu latar belakang mana-mana pengadil sebelum di…
0 Komentar untuk "Apex: Hubungan kami bukan lagi rahsia"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info