Doktor cabul budak

JOHOR BAHRU - Seorang doktor ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, semalam, bagi membantu siasatan berhubung laporan kes cabul kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.
Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Nor Hashim Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan, kelmarin, daripada seorang bapa yang mendakwa anaknya dicabul oleh doktor terbabit dalam kejadian 20 Oktober lalu.
 
"Polis ada menerima laporan ini kelmarin apabila seorang bapa mendakwa anaknya dicabul oleh seorang doktor lelaki yang memberi umpan sebuah telefon bimbit.
"Polis sedang melakukan siasatan susulan berhubung kes ini. Doktor terbabit yang berusia 40 tahun dan masih bujang ini ditahan polis di klinik miliknya di sekitar Taman Bukit Indah, di sini, untuk membantu siasatan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di IPD Nusajaya, di sini, semalam.
Nor Hashim berkata, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan di IPD Nusajaya sekitar jam 8 malam sejurus anak lelakinya itu mengaku dicabul oleh doktor terbabit.
 
Menerima telefon bimbit tersebut sebelum dicabul
 
"Kanak-kanak zaman sekarang suka kepada telefon bimbit yang canggih-canggih pada masa kini.
"Kejadian ini terbongkar apabila bapa mangsa bertanyakan dari mana anaknya mendapat telefon bimbit berkenaan dan kanak-kanak itu mengakui ada menerima telefon bimbit tersebut sebelum dicabul," katanya.
Beliau berkata, kes berkenaan Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
"Polis akan menyiasat kes ini kerana ia melibatkan kanak-kanak khususnya murid sekolah. Polis juga belum menerima sebarang laporan mengenai kes sama sebelum ini.
"Siasatan awal mendapati berlakunya cabul ke atas kanak-kanak ini dan polis percaya suspek berkemungkinan pernah lihat mangsa," katanya.


Related Post

  • Mantap Skim Rumah PertamakuINSTITUSI kewangan dan perbankan di Malaysia perlu memainkan peranan lebih besar untuk menyokong penambahbaikan dilaksan…
  • Susu ibu elak alahanALAHAN terhadap makanan di kalangan kanak-kanak kecil bukan masalah baru, malah perangkaan menunjukkan masalah berkenaan…
  • Tonton kawan kena perkosaKUALA LUMPUR: Termakan pujukan rakan ponteng sekolah, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun terpaksa menempuh detik…
  • Muka kebiruan, nafas tercungapKUALA LUMPUR: "Saya lihat mukanya kebiruan dan tercungap-cungap," kata Mohd Faris Adli Mat Nawi, 34, yang cuba memberi b…
  • Tindakan liar bukan cara pertahan RasulullahNabi Muhammad SAW adalah makhluk terbaik yang diciptakan Tuhan, diutus buat semua dan menjadi rahmat untuk sekalian alam…
0 Komentar untuk "Doktor cabul budak"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info