Insentif jika ambil graduan kolej kejururawatan

CAMERON HIGHLANDS 27 Okt. - Kerajaan sedang di peringkat perbincangan terakhir bagi memperkenalkan satu insentif untuk menggalakkan hospital swasta menggaji graduan lepasan kolej kejururawatan di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah tersebut adalah bagi mengatasi 'kehilangan' jururawat berpengalaman di hospital kerajaan kerana diambil bekerja di pusat perubatan swasta.
"Masalah dalam kalangan lepasan graduan kejururawatan di kolej swasta ialah mereka dikatakan tidak berpengalaman dan kurang pendedahan dalam bidang klinikal.
 
"Kita juga telah berbincang dengan pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) supaya para graduan kolej kejururawatan ini boleh mengikuti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) bagi meningkatkan kemahiran mereka. Namun, perkara ini masih lagi berada dalam kajian dan saya akan umumkan kelak apabila selesai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di Dewan Serbaguna Tringkap di sini hari ini.
Beliau mengulas tentang kualiti lepasan jururawat di kolej swasta yang dikatakan rendah selepas disiarkan dalam satu laporan khas di salah sebuah stesen televisyen di negara ini.
 
Dalam pada itu, Tiong Lai menegaskan kualiti jururawat yang dilatih kerajaan di negara ini berada di tahap tinggi kerana mereka perlu menduduki ujian yang dijalankan oleh Lembaga Peperiksaan Jururawat Malaysia.
Malah katanya, ramai jururawat Malaysia telah diambil bekerja di luar negara terutamanya di Singapura dan Arab Saudi.
"Sebanyak 80 peratus graduan kolej swasta yang menduduki peperiksaan itu telah lulus dan memenuhi standard yang ditetapkan kementerian," katanya.


Related Post

  • 'Artikel 88 relevan untuk disiplinkan ahli'PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Artikel 88 Statut Persatuan Bola Sepak Mala…
  • BB1M bukti kerajaan peka hal pelajarPemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta membuktikan bahawa k…
  • Almera dapat sambutanPengedar kereta jenama Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) yakin model sedan yang diperkenalkan,…
  • Pertahan warisan JawiTulisan Jawi pernah digunakan secara meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara suatu ketika dahulu - Gambar hiasan …
  • Bangkang dari LongkangKUALA LUMPUR 27 Feb. - Penyampai radio, pelawak serta pengacara terkenal, Salih Yaacob, 52, mengambil keputusan untuk me…
0 Komentar untuk "Insentif jika ambil graduan kolej kejururawatan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info