Ki-Moon 'cemburu' kejayaan Psy

NEW YORK - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon terpaksa mengakui kelmarin popularitinya sebagai warga Korea Selatan paling terkenal di dunia diketepikan oleh penyanyi rap negara itu, Psy.
Psy, 34, mencipta nama menerusi lagu Gangnam Style.
Ki-Moon berkata, beliau merasakan dirinya kini dibayangi Psy yang terkenal dengan aksi menari tarian kuda.
"Saya sedikit cemburu. Dua hari lalu seseorang memberitahu, saya merupakan orang Korea Selatan paling terkenal di dunia. Kini, saya harus melepaskannya," ujar Ki-Moon.
 
Ki-Moon turut diajar menari tarian kuda semasa lawatan Psy ke pejabat PBB kelmarin.
Bintang popular tersebut juga memuji pemimpin PBB berusia 68 tahun itu.
"Jadi kini terdapat warga Korea Selatan pertama dan kedua paling terkenal di dalam bangunan yang sama.
"Dia berkata telah menonton video saya, dia juga mengira jumlah tontonan video saya" kata Psy.
Muzik video Gangnam Style kini ditonton lebih 530 juta kali sejak dimuat naik di laman perkongsian video YouTube pada Julai lalu


Related Post

  • Solat tonggak pemisah Muslim, kafirIbadat solat adalah satu daripada Rukun Islam yang wajib dilunaskan setiap Muslim, sama ada lelaki atau perempuan dengan…
  • KUALA LUMPUR – Kegiatan haram pemilik salun yang menyediakan khidmat pelacur warga asing sejak beberapa bulan lalu berak…
  • Sambut tahun baru cara IslamKuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam mengeluarkan garis panduan sambutan tahun baru dari perspe…
  • Tomato hapus sedihBeijing: Amalan memakan tomato sekurang-kurangnya sebiji sehari boleh membantu mengubati kesedihan dan mengurangkan kemu…
  • Safee sesuai galas tugas pembantu penyerangJohor Bahru: Andai Johor Darul Takzim masih mahu menurunkan semua pemain berstatus bintang ketika aksi Liga Super bermul…
0 Komentar untuk "Ki-Moon 'cemburu' kejayaan Psy"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info