PBNJ pikat Mat Yo

PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sekali lagi menyatakan hasrat bawa masuk penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha, untuk sarung jersi Johor untuk saingan Liga Malaysia, musim depan.

Presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, PBNJ kini masih menunggu jawapan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo untuk bersama Harimau Selatan.

"Terpulang kepada pemain (Mat Yo) jika masih mahu beraksi dengan Kelantan atau tidak. Saya tidak tahu kontrak beliau secara mendalam, tetapi memang Johor ada niat bawa Mat Yo Ke mari.

"Saya rasa dalam soal kertas kerja ke apa, ataupun surat semua sekali masih dalam proses lagi, tetapi kita masih tunggu jawapan daripada sana," katanya kepada media di Istana Bukit Pelangi, semalam.

PBNJ juga kini semakin pasti mendapatkan khidmat penyerang dari Sepanyol, Daniel Guiza, 32, yang kini bermain untuk Getafe CF dalam saingan La Liga.

Akan tiba di Johor bersama ejennya esok, Tunku Ismail berkata, penjaring terbanyak La Liga pada 2008, selain pernah membantu Sepanyol memenangi Euro 2008 hampir 95 peratus pasti bersama Johor.

Tunku Ismail berkata, PBNJ kini berjaya mendapatkan pemain yang mewakili pasukan Angkatan Tentera Malaysia iaitu pasangan kembar Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Abdul Razak bagi mewakili pasukan Johor musim hadapan.

"Kita juga sudah mendapat Mohd Azmi Muslim dan Mohd Muslim Ahmad selain sudah mendapat persetujuan daripada Safiq Rahim serta Mohd Nurul Azwan Roya. Kini, PBNJ masih menunggu Mat Yo," katanya.

Ditanya mengenai status pemain import sedia ada Johor FC iaitu Arthur Henrique dan Fernando Augosto Ferreira, Tunku Ismail berkata, kedua-dua pemain terbabit akan dilepaskan untuk sertai pasukan lain.


Related Post

  • Filem Tanda PuteraPerbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) patut membenarkan filem 'Tanda Putera' ditayang kepada orang ramai, …
  • Gambar bayi yang di selamatkan dari paipPetugas pemadam kebakaran di timur China berhasil menyelamatkan bayi yang baru lahir dan dibuang ke dalam toilet dan ter…
  • Cara buat kapetIndia terkenal tidak hanya dalam hal sejarah dan arsitektur yang indah, tetapi juga untuk karpet buatan tangan. Seni mem…
  • Red Bean Army bakal di tangkap tidak lama lagiKUALA LUMPUR 31 Mei - Polis telah mengenal pasti identiti beberapa individu yang bertanggungjawab merancang menggulingk…
  • Gambar bayi dalam gelasBanyak cara unik untuk mengabadikan gambar bayi-bayi mungil dan lucu. Salah satu yang jadi tren adalah foto bayi yang te…
0 Komentar untuk "PBNJ pikat Mat Yo"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info