Peralatan muzik, barang peribadi Yuna lesap di Seattle

PERALATAN muzik yang digunakan penyanyi, Yuna dan beberapa barang peribadi yang disimpan di van dinaikinya hilang, dipercayai dicuri di Seattle, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Berita itu disampaikan sendiri oleh penyanyi Terukir Di Bintang ini melalui laman mikro Twitter miliknya awal pagi tadi.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai memberitahu bahawa kesemua peralatan muzik yang digunakan untuk siri jelajah telah lesap dari van dinaiki.

Yuna menulis di laman Twitter miliknya, "talking to my mom after all of our gears got stolen from the van in Seattle today."

Namun, Yuna bersyukur kerana semua krew yang menyertai siri jelajahnya selamat.

Yuna menulis, "Redha sajalah. Asalkan semua selamat."

Susulan perkembangan kejadian itu, Yuna menulis lagi tentang barangan yang hilang boleh diganti, tetapi bukan pengalaman.

"Terima kasih kepada semua yang menyokong Allen Stone dan menyaksikan persembahan saya," katanya lagi.

Sementara itu, Yuna sempat berkongsi paparan perbualan dengan ibunya.

Melalui perbualan itu, dimaklumkan bahawa kesemua barangan yang ada di dalam van itu telah lesap termasuk peralatan muzik, barangan peribadi miliknya dan hadiah berupa kemeja-T untuk keluarganya.

Kejadian itu berlaku selepas dia dan Stone menamatkan siri jelajah di lokasi terakhir iaitu Seattle.

Stone juga melahirkan simpati atas kejadian itu melalui laman Twitter miliknya.

Penyanyi muda itu dijangka pulang dalam masa terdekat bagi melaksanakan 'Yuna Homecoming Tour di Malaysia' yang dijadualkan tidak lama lagi.


Related Post

  • Saintis kesan 3 planet boleh dihuniLondon: Sekumpulan saintis antarabangsa, berjaya mengesan tiga planet yang berpotensi mempunyai kehidupan, berhampiran b…
  • Hodak puji Ahmad FakriKota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak memuji persembahan penyerang The Red Warriors (TRW), Ahmad Fakri Saara…
  • Kecoh tiket finalPenyokong Kelantan marah tak dapat beli tiket selepas datang seawal jam 6 pagiKota Bharu: Penjualan tiket final Piala FA…
  • Seni tudung saji Tudung saji adalah keperluan penting kepada suri rumah khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman dulu dan se…
  • Peraduan 'Nama Siapa Hebat' oleh Proton tawar hadiah RM120,000PROTON Holdings Bhd akan melancarkan kenderaan jenis kompak serba baru, yang juga kereta mampu milik tanpa kompromi dari…
0 Komentar untuk "Peralatan muzik, barang peribadi Yuna lesap di Seattle"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info