Pilih ‘teman’ dalam kereta

KUALA LUMPUR: Pesan, tunggu, pilih dan angkut. Itulah taktik orang jual orang yang menggunakan sistem ala pandu lalu kepada pelanggan untuk memilih wanita teman pengiring.
Berdasarkan penyamaran wartawan Metro Ahad, urus niaga itu dijalankan secara terbuka di tepi jalan dengan pelanggan dikehendaki menunggu di dalam kereta berhampiran sebuah hentian teksi.
Orang tengah yang dipanggil abang kemudian akan menemui bakal pelanggan yang menunggu di dalam kereta untuk bertanyakan ciri wanita pengiring dikehendaki dan harga ditetapkan.

Dia akan menyusup masuk ke kawasan bangunan berhampiran sebelum muncul bersama seorang wanita. Jika berkenan, pelanggan dikehendaki membuat bayaran kepada orang tengah terbabit sebelum membawa wanita berkenaan ke tempat diingini.

Abang akan membawa wanita lain untuk dipilih jika pelanggan tidak bersetuju dengan teman pengiring pertama.


Related Post

  • e-Pusara pelengkap Raudhatul SakinahSEJAK tiga bulan lalu, Ahmad Fathiri Ahmad Fadzlah, 34, tidak pernah putus menziarahi pusara arwah ayahnya, Allahyarham …
  • Saya mahu pingat ke-3: AidilKuala Lumpur: Seperti Hairuddin Omar, seorang lagi pemain Tentera, Aidil Zafuan Abdul Radzak juga memasang impian sama d…
  • SafeCam PDRM diperkenalJohor Bahru: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkenalkan program SafeCam Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke seluruh …
  • Nakhaie sokong Haron terajui PASKuala Lumpur: Cadangan supaya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berundur dan menyerahkan jawatan itu kepada Timba…
  • Najwa menyendiri Bukan saja menyepikan diri seketika dari dunia seni, pelantun lagu popular Cinta Muka Buku, Najwa Latif, 17, menga…
0 Komentar untuk "Pilih ‘teman’ dalam kereta"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info