‘Sila serah dokumen’

KUALA LUMPUR: "Kami desak supaya ahli jawatankuasa sebelum ini menyerahkan segala dokumen berkaitan termasuk membentangkan laporan kewangan kepada penduduk.
"Jika tidak, kami akan mengambil tindakan undang-undang kerana penyelewengan berjumlah lebih RM2 juta dilakukan selama ini," kata Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Apartmen Lestary, Zainol Abideen Katchee Mydin.

Sejak empat tahun lalu, katanya, lebih 540 pembeli pangsapuri berkenaan ditipu JMB sedia ada dan ia terbongkar selepas Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memotong bekalan air ke kawasan perumahan itu selama dua hari bermula 18 September lalu.
Menurutnya, ia berlaku disebabkan kegagalan pengurusan itu membayar bil tertunggak sejak 2008 termasuk bayaran kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyebabkan notis sudah dikeluarkan 11 kali sepanjang tempoh itu.

"Kami pernah suarakan rasa tidak puas hati dan membantah tindakan itu dan pengerusi JMB membayar sebahagian daripada bil berkenaan.

"Tetapi, tidak lama kemudian, kami adakan mesyuarat agung luar biasa bagi mendesak jawatankuasa sedia ada meletakkan jawatan kerana hilang kepercayaan kepada mereka dan ketika itu kami menemui bukti semua notis terakhir TNB masih berada dalam peti surat bermakna tiada tindakan diambil," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat agung luar biasa, semalam Zainol Abideen berkata, hasil semakan pihaknya mendapati, kali terakhir mesyuarat diadakan mengikut Akta Bangunan dan Harta Bersama ialah pada 2008 dan sejak itu, tiada makluman atau ketetapan baru dibuat mengenainya.
Selain itu, lebih mengejutkan, baki terakhir akaun pengurusan tidak sampai RM40 sedangkan kutipan semasa sepatutnya berjumlah RM62,100 meliputi bayaran penyelenggaraan dan bil Syabas.

"Oleh itu, kami menuntut mereka kemukakan laporan kewangan seperti sepatutnya atau berdepan tindakan pihak berkuasa," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Pudu berhubung kejadian itu.


Related Post

  • Mat Yo ke JohorJohor Bahru: Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha akan menyarung jersi Johor pada saingan Liga Malaysia (Liga-M…
  • Rebat RM200 beli telefon pintar 3GKuala Lumpur: Kira-kira 1.5 juta belia bakal menikmati rebat RM200 untuk telefon pintar mudah alih 3G setiap seorang den…
  • Pilihan 48 selebriti lelakiPADA 3 Oktober lalu dalam siaran One Night of TV Entertainment di saluran SBS, aktres Ha Jin Won mendedahkan kisah berpa…
  • Panasonic Toughbook mudahkan kerja  Panasonic Toughbook yang menjadi perintis industri dalam komputer genggam dan tablet tahan lasak sejak 19…
  • Hargai sumbangan dakwah ABIMTekan maksud pemodenan dalam IslamKetika dekad awal selepas kemerdekaan terutama selepas pembentukan Malaysia pada 1963,…
0 Komentar untuk "‘Sila serah dokumen’"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info