Ubat 'Sheng Chang' diharamkan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengharamkan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk tradisional Jin Fei Cao San Extract Powder 'Sheng Chang' selepas dikesan mempunyai mengandungi racun berjadual 'epherine' dan 'pseudoephedrine'.
Ubat tradisional itu digunakan untuk melegakan selesema, batuk, kahak dan sakit kepala dan dikilangkan oleh syarikat Taiwan, Sheng Chang Pharmaceutical Co Ltd.
Dalam kenyataan semalam, kementerian itu berkata Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, telah membatalkan lesen pendaftaran produk yang dipegang oleh Lifecare Essential Sdn Bhd., Kuala Lumpur, pada 27 Sept lepas.

Mana-mana pihak yang memiliki stok produk berkenaan dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk itu serta-merta, katanya


Related Post

  • Perhiasan ini Memaksa Anda Bersikap AnggunPerhiasan digunakan sebagai pelengkap penampilan dan untuk menggambarkan karakter seseorang. Namun alih-alih membuat and…
  • ‘Lampin bayi berenjin’ PETALING JAYA: Berselindung di sebalik perniagaan eksport lampin pakai buang, satu sindiket penyeludupan kenderaan pacua…
  • Pasir Gudang: Kehadiran bintang muda bola sepak negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor pada separuh masa kedua perlawanan persa…
  • Kerajaan belum putuskan kadar amah RM6,700KUALA LUMPUR – Kos pengambilan amah dari Indonesia masih kekal RM4,811 memandangkan kerajaan belum lagi menguatkuasak…
  • Benda misteri apa ni? It's difficult to tell what this is at first glance. But if you take a closer look you will understand everything pret…
0 Komentar untuk "Ubat 'Sheng Chang' diharamkan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info