Orang Islam ajak murtad boleh didakwa

Kuala Lumpur: Mana-mana orang Islam yang mengajak atau membuka ruang kepada saudara seagama untuk murtad, boleh dituduh di bawah kesalahan mengeluarkan kenyataan menghina, memburuk atau menyebabkan Islam dipandang hina.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, berkata tindakan itu boleh diambil kerana ketika ini, tiada enakmen khusus boleh dikenakan terhadap orang Islam yang cuba mengajak atau membuka ruang kepada saudara seagama untuk murtad.

Tiada peruntukan khusus


"Jika bukan Islam dakyah orang Islam keluar Islam, kita ada enakmen kawalan (Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam). Hari ini bukan saja bukan Islam ajak orang Islam (murtad), tapi orang Islam sendiri ajak dan buka ruang untuk orang Islam pilih agama.

"Setakat ini, tiada peruntukan khusus sebegitu (tindakan terhadap orang Islam), tetapi boleh dimasukkan di bawah peruntukan menghina agama Islam, memburuk atau menyebabkan Islam dipandang hina, sama ada secara lisan atau bertulis," katanya di Dewan Rakyat, semalam



Related Post

  • 5 aplikasi iPad 2 BAGI yang berangan-angan memiliki iPad 2, mari kita selongkar ciri-ciri unik gajet ini yang cukup popular terutama di ka…
  • Guru ijazah boleh naik gred tanpa temu dugaSEREMBAN – Guru, guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperoleh ijazah sama ada secara separuh masa atau di bawah pr…
  • KAFA sedia lepas Mat YoKota Bharu: Hajat Johor untuk mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha musim depan semakin menjadi kenyataan apabila …
  • Jamal, Jay Jay bergandingDUA legenda hiburan tanah air, Jamal Abdillah dan Jay Jay akan digandingkan dalam konsert Lanjut Carnivale Fiesta BBQ Ar…
  • Anugerah Skrin 2012 (ASK 2012TANPA berselindung, Faizal Hussein, Maya Karin mahupun Azhanrani memberitahu mereka tidak meletakkan harapan untuk menan…
0 Komentar untuk "Orang Islam ajak murtad boleh didakwa"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info