Psy dakwa Gangnam Style bukan kejayaan sebenarnya

PARIS - Penyanyi rap Korea Selatan, Psy kelmarin mengaku bahawa lagu Gangnam Style bukan kejayaan sebenar kerana kejayaannya akan dilakar menerusi lagu terbaharunya nanti.
Psy, 34, berkata, dia tidak bersetuju kejayaannya telah tercipta kerana lagu Gangnam Style.
"Saya tidak melakukan apa-apa, orang ramai menonton YouTube, mereka menemui muzik video ini dan membawa ia kepada dunia. Bukannya saya (yang menyebabkan lagu itu menjadi popular).
 
"Kini giliran saya pula. Lagu kedua ini saya akan melakarkan kejayaan," katanya ketika sidang akhbar di sini.
Sehari sebelum itu, Psy atau nama sebenarnya Park Jae-sang berjaya menarik kira-kira 20,000 penonton menyaksikan persembahannya di Dataran Trocadero, Paris.
 
Album terbaharunya yang bakal diterbitkan Mac tahun depan menampilkan sebuah lagu baharu dalam bahasa Korea dan Inggeris serta sejumlah lagu daripada album lamanya.
"Kepada warga Korea Selatan, ia akan menjadi hit terhebat Psy tetapi, kepada dunia, ia adalah sesuatu yang baharu. Ia akan menjadi album sulung antarabangsa saya," katanya.
Di laman YouTube, persembahan tarian kuda Psy telah ditonton lebih 665 juta kali. - AFP


Related Post

  • Punca gemuk!Masalah berat badan berlebihan kini menjadi isu yang semakin serius dalam masyarakat kita. Ramai yang mengambil pendekat…
  • 10 KHASIAT DAN KEBAIKAN PISANGPisang merupakan buah tropika yang mudah kita temui di Malaysia. Selain itu, harganya pun juga agak murah berbanding den…
  • Jualan Mercedes-Benz Malaysia naik 22%Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd mencatat peningkatan 22 peratus jumlah jualan kepada 2,233 unit dalam tempoh separuh pert…
  • 10 kasiat buah betik yang korang perlu tahuBetik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asean. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya di…
  • 10 khasiat buah delimaDelima (punica granatum) adalah tanaman buah-buahan yang dapat tumbuh hingga 5-8 m. Tanaman ini diperkirakan berasal dar…
0 Komentar untuk "Psy dakwa Gangnam Style bukan kejayaan sebenarnya"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info