Rumah Mampu Milik

Jadi apa yang korang nak tahu tentang skim ini?
 
Pertamanya, skim ini merupakan skim PRIMA di bawah skim 1Malaysia People Housing Programme. Walaubagaimanapun skim ini nampak sangat baik untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan pertengahan. Kelas pertengahan yang masih bujang ataupun yang sudah berkahwin.
Ciri-ciri rumah ini adalah pembangunan yang bercampur, sama-ada rumah bertanah (teres) dan juga rumah bertingkat (studio apartment). Rumah ini juga akan di bina di lokasi-lokasi yang tertumpu di pusat bandar ini kerana ramai rakyat jelata berpendapatan sederhana memang dah tak mampu nak beli rumah contohnya dekat KL yang harga berjuta-juta.
 
Skim ini juga tidak akan dikenakan kuota, jadi semua rakyat Malaysia boleh mendapatkannya. Haih, kena berebutlah ni. Apa-apapun dalam kenyataan akhbar The Star ada sedikit percanggahan yang mana ada kenyataan mengatakan rumah ini akan di jual dengan diskaun khas.  "The houses will be sold without any ethnic quota but will be available at special discounted rates through a transparent balloting method".
 
Kemudiannya, di sebelah bawah artikel mengatakan, yang harga rumah akan dijual sama untuk semua pemohon dengan harga di bawah pasaran dan tidak ada kuota dan juga apa sahaja jenis diskaun.  "The prices will be below market price, and will be the same for everyone, without quotas or discounts of any kind," Abdul Mutalib said. "There will be a mix of landed and medium-rise properties."
 
Itu yang membuatkan SK rasa pelik, ada diskaun ke tidak?  Dan rumah ini tidak boleh dijual beli sehingga setelah didiami atau dimiliku sehingga 10 tahun. Pihak PR1MA telah membuat kajian 20 skim di Singapura untuk melancarkan projek ini. Projek ini juga akan bermula di seremban kerana terdapat permintaan tinggi di sana. Alamak, kenapa tak bermula dengan lokasi di KL, ini kerana lokasi di KL lagi ramai permintaan. Kan, kan?
Gambar Hiasan
Berikut adalah ciri-ciri rumah MAMPU la sangat untuk dimiliki:-
  1. PRIMA akan membuat 3 fasa, bermula dengan 1200 unit yang pertama yang akan siap dibina pada tahun 2015.
  2. Untuk mereka yang berpendapatan RM7500 ke bawah (yang mampu untuk bayar bulan-bulan) dan juga jumlah pendapatan serumah yang berjumlah RM7500 ke bawah.
  3. Mereka yang Bujang dan sudah berkahwin juga boleh memohon.
  4. Tiada Kuota Bumi dan Bukan Bumi
  5. Tiada Diskaun
  6. Harga di bawah pasaran
  7. Lokasi-lokasi yang 'Panas' seperti di tengah-tengah bandar besar. Dan projek ini akan bermula di SEREMBAN, oleh kerana ada permintaan tinggi di sana. Untunglah orang Seremban.
 
 
 
 


Related Post

  • Johor DT mara, jumpa Kelantan final Piala FAKUALA LUMPUR 2 Jun - Johor Darul Takzim mara ke final Piala FA walaupun terikat agregat 2-2 dengan Pahang, namun pasuk…
  • Tumpang kasih pada anak patung beruangLondon: Seekor anak kuda yang kehilangan ibu kini bergantung kepada anak patung beruang untuk mendapatkan kasih sayang.B…
  • Banyak punca enjin matiKesukaran menghidupkan enjin selepas ia panas berpunca daripada pelarasan karburetor yang kurang tepat atau suapan bahan…
  • Gambar isteri Izzue IslamSHAH ALAM: Pelakon dan anggota kumpulan Forteen, Izzue Islam selamat bergelar suami kepada pengurusnya sendiri iaitu …
  • Otak ZombiLondon: Graham Harrison, 57, yakin dia sudah mati walaupun gagal dalam cubaan membunuh diri.Keyakinan itu begitu mendala…
0 Komentar untuk "Rumah Mampu Milik"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info