Syirik - Puja objek undang syirik

KUALA LUMPUR: Kepercayaan sesetengah anggota masyarakat kepada sesuatu objek kononnya mampu memberi manfaat atau mudarat sangat bahaya kerana ia boleh mengundang syirik kepada Allah.
Pengasas Pusat Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim Al-Azhari berkata, ada di kalangan sesetengah anggota masyarakat begitu percaya kepada kuasa alam sehingga menghabiskan wang bagi mendapatkan objek yang disifatkan pelik.

"Walaupun kita hidup bertamadun dan percaya Allah maha berkuasa namun sikap sedemikian bahaya kerana ia membawa syirik," katanya yang dihubungi, semalam.
Beliau mengulas mengenai masih ada di kalangan anggota masyarakat yang berhabis wang ribuan ringgit bagi mendapatkan objek pelik seperti batu geliga, keris dan minyak tertentu kononnya mampu memberikan manfaat kepada mereka.

Kelmarin, Harian Metro melaporkan seorang lelaki membelanjakan RM32,000 untuk mendapatkan 'batu geliga' yang didakwa ada kuasa hikmat untuk menundukkan isterinya yang kuat berleter. Dia bagaimanapun ditimpa padah apabila mengalami masalah pendengaran dipercayai kesan penggunaan batu itu. Abdul Malek berkata, setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah, tetapi manusia jangan terlalu percaya kepada perkara itu sehingga mensyirikkan Tuhan.

"Kita boleh katakan sehelai daun yang gugur juga mempunyai hikmah dan hanya Allah yang tahu.
"Setiap ciptaan Allah boleh memberi khasiat dan ia hanya berlaku dengan izin-Nya, tetapi kita tidak boleh percaya benda itu yang mendapatkan manfaat atau kemudaratan," katanya.

Menurutnya, manusia hanya boleh berikhtiar sebaik mungkin dan berdoa kerana segala yang berlaku di atas izin Allah.


Related Post

  • Ashraf buka maahad tahfizDalam kesibukan Ashraf Muslim meneruskan bakatnya dalam bidang lakonan dan menguruskan produksi sendiri, fokusnya tetap …
  • Belum bermula, MJHL 2013 sudah kecohKuala Lumpur: Belum mula sudah kecoh! Itu yang boleh digambarkan dengan pembukaan musim baru Liga Hoki Remaja Malaysia (…
  • Mat Yo bayar RM250,000 sajaJohor Bahru: Bayaran tebus kontrak yang akan dilunaskan penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Y…
  • Bantu isteri bukan dayus | Hukum bantu isteri buat kerja rumahSuami bantu kerja rumah dapat hilangkan rasa bongkakBerapa ramai isteri mengeluh kerana tidak mendapat bantuan dan kerja…
  • Kuala Lumpur: Pendekatan berbeza diambil skuad Malaysia dan Frenz United Malaysia (FUFA) apabila kedua-dua wakil negara …
0 Komentar untuk "Syirik - Puja objek undang syirik"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info