Taman tema tandas pertama di dunia di Korea Selatan

SUWON - Taman tema tandas pertama di dunia terdapat di bandar ini yang terletak sejam perjalanan dari Seoul, Korea Selatan.
Tandas tradisional cangkung Korea Selatan dan mangkuk tandas seperti yang digunakan pesakit di hospital merupakan antara bahan pameran di taman tema itu.
Patung-patung manusia dan kanak-kanak yang sedang membuang air besar juga terdapat di taman berkenaan.
Sebuah muzium tandas juga terdapat di bandar ini.
 
Muzium itu mempunyai rekabentuk seperti tandas dan ia pernah menjadi kediaman pengasas Persatuan Tandas Dunia, Sim Jaek-duck.
Jaek-duck meninggal dunia pada 2009 ketika berusia 70 tahun.
Beliau merupakan bekas datuk bandar ini dan pernah mendermakan tandas untuk kegunaan para peminat sukan semasa Korea Selatan menjadi tuan rumah pertandingan bola sepak Piala Dunia 2002. - Agensi


Related Post

  • Jangkitan virus korona terkawal Kuala Lumpur: Menteri Kesihatan Arab Saudi, Dr Abdullah Abdul Aziz Ar-Rabeeah, berkata virus korona yang dikesan di nega…
  • Tidak salah merendah diri jika miliki kelebihanDaripada Abu ad-Darda Uwaimir, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Carilah untukku orang yang lemah, maka se…
  • Retina KindleSELEPAS muncul buat pertama kali menerusi produk tablet Android November tahun lalu, Amazon.com Inc (Amazon) kembali mew…
  • 'MYMEN PLUS' beracunKuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan produk tradisional MYMEN PLUS Caps…
  • Bayi maut tersedak susuKuala Lumpur: Seorang bayi berusia sebulan maut dipercayai tersedak susu manakala seorang kanak-kanak berumur dua tahun …
0 Komentar untuk "Taman tema tandas pertama di dunia di Korea Selatan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info