Universiti Islam Malaysia mula operasi awal 2013

CYBERJAYA – Universiti Islam Malaysia (UIM) iaitu universiti pertama yang dizahirkan dengan perkenan Majlis Raja-Raja akan memulakan operasi mulai awal tahun depan.
 
Sebagai permulaan ia akan memperkenalkan dua kursus jangka pendek iaitu Pendidikan Islam dan Perbankan Islam yang akan dibuka pendaftarannya Disember ini.
Pengerusi Majlis UIM, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor berkata, kursus tersebut mengambil masa antara lima hingga enam bulan dan ia terhad kepada 500 peserta untuk setiap kursus dan terbuka kepada mereka yang mempunyai ijazah.
 
"Sebagai permulaan UIM akan memperkenalkan kursus jangka pendek sementara menunggu kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi untuk UIM didaftar sebagai institusi pengajian tinggi awam," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Beliau berkata, UIM akan beroperasi di kampus sementara di sini sebelum kampus kekal dibina di tanah seluas 100 ekar berhadapan kampus sementara tersebut.
Mohd Yusof berkata, UIM akan menumpukan pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah bagi memastikan penuntut yang dipilih terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berkualiti. – BERNAMA


Related Post

  • Jadikan rumah lebih murahKUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menimbangkan untuk membiayai kos infrastruktur bagi membolehkan pemaju swasta membina leb…
  • Drama Saiful NitaKEMUNCULANNYA dalam bidang ini diiringi pelbagai sudut pandangan, bukan saja diberi jolokan seksi, malah kerana dia juga…
  • Jerman hampir diaibkanBERLIN - Sweden bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Jerman 4-4 pada aksi Kumpulan C kempen kelayakan Piala Dunia…
  • Kelantan tanpa Norfarhan dan Ghaddar TAPI...awas ATMKELANTAN terpaksa melupakan khidmat Norfarhan Muhammad pada final Piala Malaysia menentang Angkatan Tentera Malaysia (AT…
  • Cerpen lucah telefon bimbitIPOH: Kecanggihan aplikasi di dalam telefon bimbit masa kini disalahgunakan segelintir remaja untuk membaca cerpen lucah…
0 Komentar untuk "Universiti Islam Malaysia mula operasi awal 2013"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info