Kardashian paling dicari di Yahoo!

LOS ANGELES - Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) merupakan item yang paling dicari manakala selebriti Kim Kardashian dari AS ialah orang paling dicari di Yahoo! untuk tahun ini, kata enjin carian internet berkenaan semalam.
Perkataan pilihan raya mengungguli senarai pencarian di Yahoo! hasil liputan besar-besaran oleh pihak media di samping perbincangan meluas topik tersebut di platform-platform media sosial.
Perkataan 'pengundian politik' berada di tempat kelapan senarai 10 teratas pencarian Yahoo$21 sepanjang tahun ini.
"Pilihan raya 2012 mendominasi carian di internet dan ia menakjubkan kerana jika sesuatu itu menjadi tajuk berita, orang ramai tentu sudah maklum mengenainya tetapi topik tersebut terus menjadi perkataan utama yang ditaip di laman web Yahoo! sepanjang tahun ini," kata penganalisis trend Yahoo!, Vera Chan dalam satu persidangan video.
 
Menurutnya, hanya dua laporan berita lain pernah pengungguli senarai tersebut sejak sedekad lalu iaitu laporan kematian Michael Jackson pada 2009 dan tumpahan minyak BP pada 2010.
iPhone 5 berada di tempat kedua senarai berkenaan yang disifatkan oleh Chan sebagai satu keputusan menarik.
Katanya, walaupun iPhone sentiasa berada dalam kedudukan utama senarai carian Yahoo! sejak 2007, ia adalah kali pertama sesuatu model spesifik seperti iPhone 5 menduduki antara tempat teratas senarai itu.
 
Menurutnya, ia berlaku selepas kematian pengasas bersama Apple, Steve Jobs.
Berada di tempat ketiga senarai yang sama ialah Kardashian yang juga merupakan orang paling dicari di laman web Yahoo!.
Kardashian mengungguli enam wanita popular yang berada dalam 10 teratas senarai tersebut termasuk model Kate Upton, anggota keluarga diraja Britain, Kate Middleton, penyanyi Whitney Houston dan Lindsay Lohan.
Ujar Chan 'kenakalan' Kardashian yang antara lain melibatkan kisah perceraian dengan bekas suaminya, Kris Humphries dan hubungan cinta selebriti itu bersama bintang rap, Kanye West telah membantu mengekalkannya sebagai orang paling dicari menerusi Yahoo!


Related Post

  • Piala FA - Kelantan ketuai 3 lagi negeri Juara bertahan Piala FA, Kelantan mengetuai senarai empat pasukan yang menempah slot ke separuh akhir selepas menewask…
  • Jom layan ATV Hujung minggu bakal menjelang, adakah anda merancang sesuatu? Jika belum mempunyai aktiviti hujung minggu yang direncan…
  • Masih tunangan Firos Sudah lama dia menanti saat indah bergelar isteri dan melangkah ke gerbang perkahwinan diimpikan selama ini. Apatah lag…
  • Advertorial - Samsung Galaxy S3 Mini Selepas syarikat Korea, Samsung menghasilkan Galaxy S3, tidak siapa menjangkakan ia akan memasarkan versi mininya yang …
  • Sarkas diharam guna haiwan liar Northamptonshire: Persembahan Sarkas di Britain akan diharam daripada menggunakan haiwan liar menerusi undang-undang ya…
0 Komentar untuk "Kardashian paling dicari di Yahoo!"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info