Pathmanabhan ada masa bunuh

SHAH ALAM - Perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi di sini semalam memasuki episod baharu apabila salah seorang tertuduh mengesahkan bahawa bekas peguam, N. Pathmanabhan berada di Ladang Gadong, Banting pada malam kejadian bunuh pada 30 Ogos 2010.
Ladang Gadong yang dimiliki Pathmanabhan merupakan ladang ternakan haiwan dan buah-buahan, tempat kejadian bunuh itu berlaku.
Keterangan tertuduh keempat itu, R. Kathavarayan bagaimanapun menyebabkan peguamnya, Ravi Nekoo menarik diri daripada mewakili tertuduh atas alasan keterangan anak guam bertentangan dengan arahan diberikan sebelum ini.
Hakim Datuk Akhtar Tahir membenarkan penarikan diri Ravi dan mengarahkan Khatavarayan berbincang dengan ahli keluarga sama ada hendak melantik peguam lain atau sebaliknya.
 
"Itu merupakan hak yang ada pada Khatavarayan. Kalau paksa peguam pun tidak elok," kata Akhtar yang turut memerintahkan supaya Khatavarayan diasing daripada ketiga-tiga tertuduh lain sehingga dia selesai memberi keterangan.
Terdahulu, Khatavarayan ketika disoal Ravi, mengesahkan bahawa Pathmanabhan datang ke Ladang Gadong pada pukul 7 malam, 30 Ogos 2010 bersama beberapa orang rakan bekas peguam itu yang antara mereka dikenalinya tetapi mendakwa tidak tahu nama mereka.
"Pathmanabhan ada dan seingat saya ada lima orang berketurunan Melayu, seorang Cina dan seorang lagi India yang datang ke ladang itu pada pukul 7 petang," kata Khatavarayan.



Related Post

  • Jom layan ATV Hujung minggu bakal menjelang, adakah anda merancang sesuatu? Jika belum mempunyai aktiviti hujung minggu yang direncan…
  • Sarkas diharam guna haiwan liar Northamptonshire: Persembahan Sarkas di Britain akan diharam daripada menggunakan haiwan liar menerusi undang-undang ya…
  • Piala Malaysia - Selangor gigit jariShah Alam: Saingan sengit hingga penentuan penalti membolehkan Johor Darul Takzim (DT) mara ke separuh akhir Piala Malay…
  • Tenis ‘American Style’ jadi tarikanKuala Lumpur: Persatuan Tenis Selangor (STA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Kelab Sukan SportsU…
  • Masih tunangan Firos Sudah lama dia menanti saat indah bergelar isteri dan melangkah ke gerbang perkahwinan diimpikan selama ini. Apatah lag…
0 Komentar untuk "Pathmanabhan ada masa bunuh"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info