Bergelut dengan jerung untuk selamatkan kanak-kanak

SYDNEY - Seorang lelaki warga Britain yang sedang menikmati percutian di Sunshine Coast, Queensland di sini bertindak berani menangkap seekor ikan jerung yang mendekati sekumpulan kanak-kanak di pesisir pantai, lapor akhbar Mail Online semalam.Paul Marshallsea, 62, telah bergelut dengan ikan jerung berukuran 91 sentimeter itu ketika ia berenang di air cetek mendekati pantai.
 
Sejurus terdengar jeritan orang ramai mengenai kemunculan ikan jerung itu, Paul dengan pantas berkejar ke pantai dan menarik ekor ikan jerung tersebut sebelum ia bertindak ganas.
Ikan jerung itu hampir mencederakan kaki Paul sebelum ia ditarik ke tengah laut oleh pasukan penyelamat menggunakan jet ski dan helikopter.
 
"Ketika itu air di pantai cetek sedalam 5.4 meter dan ramai kanak-kanak dan bayi sedang bermain di situ. Jika saya tidak campur tangan, kejadian yang tidak diingini akan berlaku.
"Gerak hati saya menyuruh saya melakukannya dan saya terus menangkap ekor ikan jerung itu," katanya.
Menurut Marshallsea, ikan tersebut berpusing ke arahnya dan hampir menggigitnya.
"Ia hampir membaham kaki saya dalam sekelip mata. Ia sangat pantas," kata lelaki itu. - Agensi



Related Post

  • Keputusan Liga Super Selangor PKNS 2 Negeri Sembilan 2 Angkatan Tentera 2 Selangor 0 Kelantan 2 Terengganu 0 Perak 1 Pahang 0 T-T…
  • Batal pernikahan kerana masih berihramPERSIAPAN perkahwinan yang telah disiap sediakan sekian lama terpaksa dibatalkan begitu sahaja apabila Rahmat (bukan nam…
  • KDN benarkan semula tayang filem VishwaroopamKUALA LUMPUR 19 Feb. - Kementerian Dalam Negeri bersetuju membenarkan semula tayangan filem Tamil, Vishwaroopam berkuat …
  • NASA bina sistem asteroidWASHINGTON 19 Feb. - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), beberapa universiti dan kumpulan swasta…
  • ATM rampas pendahuluKUALA LUMPUR - Takhta Liga Super kini menjadi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila menumbangkan pendahulu asal,…
0 Komentar untuk "Bergelut dengan jerung untuk selamatkan kanak-kanak"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info