Ibu bapa kebulur makan anak

Londn: Ibu bapa di Korea Utara didakwa memakan anak mereka bagi mengelak kebuluran, dakwa saksi semalam.
Baru-baru ini, katanya, seorang bapa ditembak mati pihak berkuasa di Hwanghae Selatan kerana membunuh dua anaknya untuk dijadikan makanan. Saksi berkata, lelaki terbabit menawarkan daging itu kepada isterinya apabila wanita terbabit kembali daripada urusan luar. "Ada kemungkinan kejadian seumpama itu berlaku di tempat lain di Korea Utara," katanya.

Akhbar Sunday Times diberitahu, sekumpulan wartawan menyamar sempat merakamkan insiden mengerikan di negara itu. Antaranya, seorang lelaki menggali kubur cucunya untuk dimakan, manakala di daerah Chongdan, ada individu merebus anak sendiri untuk dimakan dagingnya. Ribuan penduduk Korea Utara dikhuatiri kebuluran ketika pemimpin mereka, Kim Jong-Un terus menikmati hidangan mewah. Sumber berkata, lebih 10,000 orang mungkin mati akibat kebuluran di Pyongyang saja kerana bekalan makanan amat terhad untuk digunakan. - TS


Related Post

  • Bonus Tabung Haji 8%.. pergh KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan pengagihan Bonus Jubli Emas Tabung Haji 2012 sebanyak lapan peratu…
  • Hentikan"HENTIKAN membuat spekulasi berhubung pemain muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor." Demikian titah Timbalan Presiden…
  • Dana SPP1M bantu pelajar - rm1 billionPUTRAJAYA - Kerajaan memperkenalkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) dengan dana permulaan sebanyak RM1 bilion…
  • Speaker DUN Perak fail saman malu IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan memfailkan saman malu RM25 juta terhadap lima Ahli …
  • Nasharudin jadi korban politik Pas MARANG - Pas terpaksa mengorbankan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa demi cita-cita politik.Ahli Majlis Ter…
0 Komentar untuk "Ibu bapa kebulur makan anak"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info