Sharnaaz hero Ruby nak sunting Shila Amzah

Enggan 'memanaskan' keadaan, Sharnaaz Ahmad, 28, berharap dapat bersemuka dengan ND Lala, 52, daripada mereka terus bertelingkah dalam media massa mengenai hasrat pelakon itu menyunting Shila Amzah.

Sharnaaz berkata, bukan tiada usaha membawa keluarganya dari Pulau Pinang datang ke Kuala Lumpur bagi menjelaskan niat merisik Shila mengikut adat. Namun, dakwa Sharnaaz, usahkan duduk semeja, panggilan telefon kepada ND Lala juga tidak berangkat.
Sharnaaz mendakwa, dia kurang pasti mengapa ND Lala menempelaknya sebagai 'biadap' selepas membuat kenyataan mahu merisik Shila.


Ini kerana kata Sharnaaz, ND Lala sendiri sukar didekati atau dihubungi bagi membincangkan niatnya itu.

"Cuba jelaskan bagaimana saya mahu menyampaikan niat suci saya kalau dia (ND Lala) sentiasa mengelak.

Bagaimana ibu bapa saya mahu menyampaikan hajat ini mengikut adat andai usaha bersemuka gagal?

Kali terakhir saya hubunginya Disember lalu, panggilan saya tidak berangkat.


Related Post

  • HOnda Civic Hybrid - Boleh pecut lebih 140km/j"BETUL ke kenderaan hibrid jimat minyak?" itulah soalan yang kerap ditanya untuk mengetahui keistimewaan kereta 'dua ala…
  • Parti liar siswa diserbuPETALING JAYA: Mengejutkan apabila sekumpulan remaja, termasuk pelajar kolej swasta, berpakat menganjurkan parti liar ya…
  • Risau kesan radiasiAMPANG: Lima kes kematian dengan satu disahkan akibat penyakit barah dalam tempoh tidak sampai dua tahun membabitkan pen…
  • Haram cetak rompak jadi modal perniagaanSEHINGGA hari ini, boleh dikatakan masih ramai tertanya-tanya atau ragu dengan isu bahan ciplak atau nama lainnya barang…
  • Kim Hyo Jin Derma kasutAKTRES Kim Hyo Jin menyerahkan beberapa barangan peribadi untuk dijual pada bazar kelolaan Lee Hyori, pada 3 Oktober lal…
0 Komentar untuk "Sharnaaz hero Ruby nak sunting Shila Amzah"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info