Tudung Abu Dhabi ikut peredaran masa

BEBERAPA pelanggan mengakui terpanggil untuk terus bertudung selepas mencuba tudung keluaran Tudung Abu Dhabi. Ini diceritakan sendiri oleh pemiliknya, Rosniza Abdul Raoff, yang bersyukur kerana rekaannya telah menambat hati para gadis yang tidak bertudung untuk memakai hijab.
"Tudung Abu Dhabi adalah tudung yang direka mengikut kehendak semasa. Kebanyakan rekaan adalah mengikut peredaran masa kini.
 
"Buat masa ini banyak juga permintaan tudung yang menggunakan kain renda memang mendapat tempat di hati peminat tudung," jelas Rosniza yang ditemui di studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Rosniza, tudung keluarannya sangat praktikal, paling tinggi permintaan terhadap tudung berpotongan hoodie kerana ia menampilkan gaya Muslimah kontemporari.


"Bagi Tudung Abu Dhabi, satu corak saya keluarkan pelbagai warna, malah warna gabungan juga mengambil kira cita rasa peminat tudung supaya mereka mendapat lebih banyak pilihan.
"Jika pelanggan mahu menempah juga kami terima dan proses tempahan hingga siap mengambil masa selama tiga hingga lima hari sahaja.
 
"Kami juga menjahit manik pada tudung dan boleh dikatakan identiti Tudung Abu Dhabi adalah bergaya, ringkas dan mengikut trend.
"Walau moden, ia masih memenuhi tuntutan syariat," ujar Rosniza yang mempunyai pelanggan setia sejauh Australia, Amerika Syarikat, London dan Asia Barat.
Selain menjual tudung, Rosniza turut mengajar pelanggan cara menggayakan tudung keluarannya.
Tudung Abu Dhabi turut menjadi tudung penaja kepada drama Sehangat Asmara lakonan Rita Rudaini dan menaja tudung dipakai Datuk Siti Nurhaliza dalam satu rancangan di stesen penyiaran Astro, tahun ini.



Related Post

  • Pengadil punya halKuala Lumpur: Pergaduhan membabitkan pemain Selangor dan Tentera ketika aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Shah A…
  • Baca al-Quran bantu lebih fokus, dapat 10A 1B STAMKota Bharu: "Amalan membaca al-Quran, berpuasa sunat dan solat hajat membantu saya lebih fokus serta tenang menghadapi p…
  • iPad jadi laptopSYARIKAT aksesori, ClamCase mengumumkan ClamCase Pro iaitu papan kekunci untuk iPad yang direka semula penuh dengan ciri…
  • Eja mewah dengan iklanEja yang ditemui ketika penggambaran itu berkata, berlakon iklan komersial bukanlah perkara baru baginya kerana sebelum …
  • Ayah berhati setanKangar: Sukar digambarkan penderitaan mental dan fizikal seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Utan Aji, di sin…
0 Komentar untuk "Tudung Abu Dhabi ikut peredaran masa"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info