Asteroid besar kian jauhi bumi

Moscow: Asteroid besar 2012 DA14 terbang menghampiri bumi lewat kelmarin dan kini menjauhi planet ini, kata ahli astronomi Russia.

Asteroid itu bersaiz bangunan 15 tingkat, sampai ke titik paling dekat ke bumi jam 11.25 malam Jumaat, mendekati planet pada jarak 27,700 kilometer, lebih rapat berbanding satelit komunikasi dan cuaca.
"Ketika ini ia boleh disaksikan di bahagian tenggara langit, dalam buruj Virgo, lapan darjah di atas ufuk," kata pakar kaji bintang Institut Matematik Gunaan Keldysh, Leonid Yelenin.


Situasi itu berlaku kira-kira 16 jam selepas serpihan tahi bintang menyebabkan kira-kira 1,200 penduduk cedera di bandar Urals di Chelyabinsk, Russia.

Asteroid itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar, bercahaya paling terang dengan magnitud jelas kira-kira 7.0.

Seorang individu dengan penglihatan biasa dapat melihat objek cerah di langit pada magnitud 6.

Asteroid 2012 DA14, yang secara kasar bersaiz 50 meter dan seberat kira-kira 130,000 tan metrik, kali pertama dilihat sepasukan ahli astronomi Sepanyol di La Sagra Sky Survey.
Pengiraan mereka menunjukkan objek langit mungkin terbang hampir ke bumi pada 2013, dengan kemungkinan kecil pelanggaran.

Sementara itu di PASADENA, California, maklumat awal menunjukkan bahawa meteor di Chelyabinsk tidak dikaitkan dengan asteroid 2012 DA14, yang terbang menghampiri bumi kata Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) semalam.


Related Post

  • Mayat mangsa dibaham buaya ditemuiDarwin: Polis menemui mayat perenang berusia 26 tahun dan bangkai buaya yang ditembak selepas mangsa cuba berenang di …
  • Beli kereta guna wang kecil ZHENGZHOU - Seorang jurujual di China terkejut apabila seorang ahli perniagaan membayar tunai kereta yang dibelinya …
  • TRW sasar 3 mata di Paroi Kota Bharu: Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi menegaskan The Red Warriors (TRW) wajib membawa tiga mata pul…
  • Ladang spirulina atas bumbung hotel BANGKOK - Di atas bumbung sebuah hotel di sini terdapat berpuluh-puluh tong berisi cecair hijau mengandungi alga yan…
  • Applikasi Muslim Pro MOHAMMED RAFI MOHAMED BIHIR, 39, sering kali berulang-alik ke luar negara demi kerjayanya sebagai seorang ahli perni…
0 Komentar untuk "Asteroid besar kian jauhi bumi"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info