Dana SPP1M bantu pelajar - rm1 billion

PUTRAJAYA - Kerajaan memperkenalkan Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) dengan dana permulaan sebanyak RM1 bilion yang memberi kemudahan pinjaman kewangan tambahan kepada golongan pelajar di peringkat pengajian tinggi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu, ia merupakan satu lagi transformasi dalam pendidikan yang direalisasikan oleh kerajaan untuk membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.
 
Katanya, skim itu berperanan menyediakan pinjaman tambahan kepada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang perubatan serta bidang-bidang kritikal.
"Yuran pengajian terutamanya bidang-bidang profesional dan kritikal di institusi pengajian tinggi swasta tempatan dan juga institusi pengajian tinggi di luar negara adalah tinggi.
 
"Walaupun dengan adanya pinjaman PTPTN, ramai pelajar terutamanya daripada golongan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana perlu mempunyai dana sendiri untuk menampung yuran pengajian anak mereka," katanya ketika berucap melancarkan skim itu di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.
 
Najib memberitahu, buat permulaan, pinjaman itu akan disediakan melalui dua institusi kewangan iaitu Maybank serta RHB Bank dengan kadar faedah pinjaman lebih rendah berbanding biasa.
Pelajar di universiti-universiti tempatan boleh mengemukakan permohonan untuk skim itu bermula April depan manakala mereka yang telah berada di luar negara boleh memohon pada Jun.
Pada tahun lalu, terdapat 943,548 pelajar melanjutkan pengajian di pusat pengajian tinggi di negara ini manakala 89,686 pelajar lagi menuntut di luar negara.



Related Post

  • Pakej Beli Kereta VW RM699 Tahun Pertama.Pernahkah korang termimpi-mimpi nak guna kereta Volkswagen ( VW ) Jetta atau Passat? Sekarang ni kat Malaysia, jualan ke…
  • Proton Baru 2014Gambar Kereta Proton P2-30A Terbaru 2014. Proton Malaysia dijangka akan melancarkan satu kereta model terbaru dengan kod…
  • Lafaz Niat Puasa Enam Bulan SyawalLafaz Niat Puasa Enam Bulan Syawal. Bulan Ramadhan telah meninggalkan kita, kini tibanya bulan Syawal, bulan kemenangan …
  • Tema Hari Merdeka 2014Tema Hari Merdeka 2014. "Di sini Lahirnya Sebuah Cinta" inilah teman hari merdeka 2014. Lain macam sikit tema …
  • Melabur dalam Unit TrustBuat duit dengan unit trust. Mesti korang pernah dengar unit trust kan? Masa belajar belum dengan lagi unit trust nih, t…
0 Komentar untuk "Dana SPP1M bantu pelajar - rm1 billion"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info