Pemohonan PKNS ditolak, Nazmi kena tunggu April

PETALING JAYA 4 Feb. - Hasrat PKNS untuk menggunakan khidmat bekas pemain kelab Portugal, SC Beira Mar, Nazmi Faiz Mansor lebih awal pada aksi Liga Super 16 Februari ini tidak kesampaian apabila ditolak oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, permintaan kelab Liga Super itu terpaksa ditolak kerana perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
 
Tambah Azzuddin, mengikut peraturan perpindahan FAM, PKNS hanya boleh menggunakan khidmat pemain dari Keramat, Kuala Lumpur itu pada April ini.
Saya ucapkan terima kasih kepada PKNS kerana menghormati peraturan FAM dan mereka perlu menunggu sehingga April untuk mendaftarkan Nazmi.
 
Keputusan yang kami buat ini bukan dilaksanakan mengikut emosi tetapi ini adalah prosedur biasa buat mana-mana pasukan dan mereka perlu mendaftar bermula 8 hingga 22 April ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berhubung status Nazmi bersama PKNS di Wisma FAM di sini.



Related Post

0 Komentar untuk "Pemohonan PKNS ditolak, Nazmi kena tunggu April"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info