Ronaldo punca Real kecundang

MADRID - Sebelum ini Cristiano Ronaldo sering muncul wira penyelamat Real Madrid dengan menyumbangkan gol-gol penting dalam saingan Liga Sepanyol.
Tetapi kelmarin penyerang dari Portugal itu menjadi pemusnah harapan kelabnya apabila menjaringkan gol sendiri untuk membantu Granada mencipta kemenangan mengejut 1-0 ke atas Real Madrid.
Kekalahan kepada pasukan corot itu menyebabkan peluang skuad bimbingan Jose Mourinho untuk mengejar pendahulu liga, Barcelona bertambah sukar.
 
Barcelona kini meninggalkan Real Madrid 15 mata di belakang dan akan menjadi 18 mata jika berjaya menewaskan Valencia awal pagi tadi.
Daripada lenggok badannya ketika mula turun beraksi lagi sudah menunjukkan Ronaldo tidak begitu cergas dan kurang ghairah kerana dihantui kecederaan buku lali.
Terbukti telahan itu benar apabila dia menanduk masuk bola ke gawang sendiri yang berpunca daripada sepakan sudut pada minit ke-22.
 
"Kami tidak bermain baik menyebabkan jadi punca kalah. Saya bertanggungjawab di atas kekalahan ini. Walaupun menguasai permainan, kami gagal menjelmakan gol penyamaan," kata Mourinho.
Real yang akan berdepan Barcelona sekali lagi pada separuh akhir kedua Piala Raja Sepanyol Rabu ini turun beraksi kelmarin tanpa kelibat penjaga gol utama, Iker Casillas.
Penggantinya, Diego Lopez diberi kepercayaan bersama bebeberapa pemain muda lain memikul cabaran dalam perlawanan itu - mungkin untuk menyimpan pemain utama berdepan Barcelona nanti.
Real Madrid dan Barcelona terikat 1-1 pada separuh akhir pertama Piala Raja Sepanyol di tempat sendiri minggu lalu dan akan bertandang ke Nou Camp pula minggu ini



Related Post

  • Cipta rekod berlari guna kaki dan tanganSeorang lelaki Jepun, Kenichi Ito mencipta rekod dunia apabila dia berlari sejauh 100 meter dengan menggunakan kaki dan …
  • Power Bank murahSejak aku letak email aku kat newsletter lazada nih, macam-macam promosi yang lazada hantar. Emm.. nasib baik lah aku ta…
  • Singa jadi simbol statusSeorang pemuda di negara Teluk menyiarkan gambar di laman sosial Instagram yang menunjukkan dia bermain dengan singa di …
  • iPhone 6 dengan skrin melengkungTelefon pintar dengan skrin melengkung seperti Galaxy Round dan G Flex masih belum memperoleh hasil membanggakan di pasa…
  • Ukiran kayu terpanjang di duniaSatu ukiran kayu menampilkan lukisan bersejarah, Riverside Scene at Qingming Festival dinamakan sebagai ukiran kayu terp…
0 Komentar untuk "Ronaldo punca Real kecundang"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info