UTM tawar biasiswa kepada 10 penduduk Gaza

KUALA LUMPUR 5 Feb. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan biasiswa kepada 10 kakitangan akademik beberapa universiti di Gaza.
Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaini Ujang berkata, biasiswa yang ditawarkan adalah dalam bentuk pengecualian yuran pengajian bagi melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dengan jumlah kos keseluruhan bernilai RM400,000 untuk tempoh tiga tahun.
Menurut beliau, sebagai permulaan untuk tahun ini, dua kakitangan akademik daripada universiti terpilih akan ditawarkan biasiswa tersebut.
"Menjelang 2015 iaitu tiga tahun dari sekarang, lapan lagi kakitangan akademik akan dipilih untuk diberikan biasiswa.
 
"UTM menawarkan biasiswa dalam bidang teknologi pembinaan, sistem kumbahan dan bekalan air bagi membina semula kemudahan asas yang musnah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Zaini, tawaran biasiswa oleh UTM itu dibuat sebagai menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersetuju menawarkan 100 biasiswa pengajian tinggi kepada penduduk Gaza semasa lawatan beliau ke wilayah tersebut baru-baru ini.
 
"UTM turut memberi pengecualian yuran pengajian kepada enam pelajar PhD, 10 pelajar sarjana dan 13 pelajar sarjana muda dari Palestin yang sedang mengikuti pengajian di UTM membabitkan kos RM1.3 juta pada semester baharu iaitu selepas Tahun Baharu Cina.
"Skim pembantu tenaga pengajar juga ditawarkan kepada 10 pelajar PhD yang membabitkan elaun sebanyak RM1,600 sebulan selama empat tahun," jelasnya.



Related Post

  • KAFA terkejut kenyataan PBNJPERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) terkejut dengan pengakuan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang menyediakan…
  • City tak setanding UnitedMANCHESTER - Pemain pertahanan Manchester United, Patrice Evra mendakwa musuh setempat, Manchester City tidak mampu mena…
  • Khairul Fahmi janji bangkitPENJAGA gol No. 1 negara, Khairul Fahmi Che Mat mahu melupakan 'kesilapan' ketika menentang Hong Kong dalam aksi persaha…
  • Nik Aziz dicabar keluar 'fatwa'KUALA LUMPUR 13 Nov. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Ni…
  • Wanita dihukum pegang papan tandaCLEVELAND, Amerika Syarikat - Seorang wanita terpaksa memegang papan tanda di sebuah kaki lima di sini.Wanita berkenaan,…
0 Komentar untuk "UTM tawar biasiswa kepada 10 penduduk Gaza"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info