Arnab gergasi mampu berenang

LONDON 6 Mac - Tidak ramai yang tahu sebenarnya arnab boleh berenang sama seperti anjing.
Hal itu dapat dilihat apabila seorang wanita yang memiliki arnab gergasi telah memaksa haiwan itu berenang di dalam kolam hidroterapi bagi merawat penyakit artritis.
 
Amanda Williams, 44, berkata, arnab yang seberat 68 kilogram dan sepanjang 81.2 sentimeter bernama Heidi dikesan menghidap artritis selepas tidak mampu bergerak pada Krismas tahun lalu.
''Apabila saya membawanya ke doktor haiwan, penyakit itu dikesan di paha dan lutut Heidi dan doktor mencadangkan supaya saya menggunakan rawatan hidroterapi,'' katanya.
 
Williams tidak menyangka Heidi mampu berenang di dalam kolam tersebut selepas dipakaikan baju renang kerana sebelum ini rawatan itu hanya digunakan untuk kuda dan anjing.
''Saya tidak sangka Heidi boleh berenang pada sesi pertama rawatan ini. Dia ada menghadapi masalah apabila air masuk ke dalam telinganya, namun selepas kami mengikat telinganya itu, dia mampu berenang,'' katanya.
 
Dia berharap latihan renang dua kali seminggu dengan bayaran sebanyak 30 pound (RM141) untuk setiap sesi dapat membantu haiwan kesayangannya pulih daripada penyakit itu.



Related Post

  • FAM tak pernah abaikan Nazmi’Brisbane: "Mustahil Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mengabaikan Nazmi Faiz Mansor selepas mengeluarkan perbelanjaan …
  • strategi benam QatarDoha: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal sudah mendapat ilham untuk menerapkan strategi terbaik bagi be…
  • Umie Aida curi gasSemalam, siri pertama Jejak Bintang mengimbas cerita Umie Aida ketika zaman kanak-kanak dan remajanya hingga bergelar ak…
  • Israel akan menyesalBeirut: Iran semalam memberitahu Israel, rejim Zionis itu akan menyesal kerana melancarkan serangan udara ke atas Syria …
  • Salah bedah paru-paruLondon: Satu siasatan dilancarkan semalam selepas pakar bedah di sebuah hospital yang dikecam mengalihkan bahagian salah…
0 Komentar untuk "Arnab gergasi mampu berenang"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info