Beckham paling mahal di dunia

PARIS - Pemain veteran England, David Beckham kekal mendahului senarai penerima bayaran tertinggi dalam kalangan pemain bola sepak dunia.
Sebuah majalah bola sepak di Perancis melaporkan bahawa bekas bintang Manchester United, Real Madrid dan Los Angeles Galaxy berusia 37 tahun yang sudah berada di penghujung karier itu mengatasi bintang terbaik dunia, Lionel Messi dan pemain sayap prolifik Portugal serta Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
 
Sumber itu mendedahkan bahawa Beckham menerima 36 juta Euro (RM145 juta) sepanjang musim 2012/2013 bagi mendahului pemain terbaik dunia sebanyak empat kali, Messi.
Beckham yang meninggalkan LA Galaxy pada Disember tahun lalu dan kini menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan menerima gaji tahunan sebanyak 1.7 juta Euro (RM6.8 juta), 1.3 juta Euro (RM5.2 juta) lagi diperoleh menerusi bayaran bonus manakala 33 juta Euro (RM133 juta) pula pendapatan sampingan termasuk pengiklanan.
 
Dalam pada itu, ketika Beckham menandatangani kontrak bersama kelab gergasi Perancis, PSG dahulu, dia mengumumkan bahawa semua pendapatannya sepanjang di kelab tersebut akan disumbangkan kepada badan kebajikan.
 
Sementara itu, bintang Argentina dan Barcelona, Messi pula menerima pendapatan berjumlah 35 juta Euro (RM141 juta) termasuk 13 juta Euro (RM52 juta) menerusi gaji dan bonus termasuk lain-lain sumber.
Ronaldo pula menduduki tempat ketiga dengan jumlah pendapatan keseluruhan sebanyak 30 juta Euro (RM121 juta) termasuk 13.5 juta Euro (RM54.5 juta) menerusi gaji serta bonus.
Selain itu, sumber tersebut turut mendedahkan bahawa jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho pula mendahului senarai penerima pendapatan paling lumayan dalam kalangan jurulatih di dunia.
Mourinho memperoleh pendapatan sebanyak 14 juta Euro (RM56.6 juta) mengatasi Carlo Ancelotti (PSG) dan Marcello Lippi (Guangzhou Evergrande) yang masing-masing menerima 12 juta Euro (RM48 juta) dan 11 juta Euro (RM44 juta).



Related Post

  • Doktor cabul budakJOHOR BAHRU - Seorang doktor ditahan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya, semalam, bagi membantu siasat…
  • Jimmy Choo dilantik sebagai Profesor UiTMSHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) melantik pereka kasut terkenal dan Duta Genovasi, Datuk Dr. Jimmy Choo seba…
  • Manusia supersonikPADA lewat malam 15 Oktober lalu (waktu Malaysia), jutaan manusia di seluruh dunia tidak berkelip mata selama empat mini…
  • PLUS perkenal bengkel bergerakSEREMBAN - Konsesi lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mewujudkan perkhidmatan bengkel bergerak (WOW) bagi memberi p…
  • Nad Zainal jawab dakwaan diboikot wartawanTIDAK semena-mena nama pelakon yang semakin meningkat naik, Nad Zainal terpalit dengan kontroversi kononnya dia akan dip…
0 Komentar untuk "Beckham paling mahal di dunia"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info