i-TR1M bantu 20,000 pelajar

Kuala Lumpur: Lebih 20,000 pelajar kurang berkemampuan mendapat manfaat daripada program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M), yang digerakkan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).

Hasil memberangsangkan daripada program perintis yang dilaksanakan di Selangor dan Perak itu mendorong YGMB untuk memperluaskan inisiatif berkenaan ke seluruh negara secara berperingkat dalam tempoh lima tahun ini.
Pendidikan percuma


Program i-TR1M adalah tuisyen percuma kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan yang mendapat sokongan penuh kerajaan bagi tujuan pembiayaan.
Ia dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tahun lalu untuk membolehkan pelajar kurang berkemampuan menikmati pendidikan terbaik secara percuma.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Mejar (B) Wan Munadi Wan Mamat, berkata pihaknya berhasrat memperluaskan program terbabit ke Pahang, Negeri Sembilan dan Kedah dalam tahun ini.

"Setakat ini pelajar di Selangor dan Perak sudah menikmati kemudahan tuisyen berkenaan. Di Perak, pelancarannya disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Beliau berkata, sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi melaksanakan program terbabit, yang menyasarkan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Program ini amat berguna dan kita mendapat maklum balas positif daripada pelajar, yang mengikuti tuisyen ini," katanya sambil menambah pemilihan sekolah untuk menyertai program terbabit dilakukan Jabatan Pelajaran.

Guna teknologi terkini

Wan Munadi berkata, tuisyen interaktif melalui teknologi terkini itu menampilkan sistem pembelajaran yang menyeronokkan menerusi modul pembelajaran sistem penilaian berasaskan sekolah yang akan diperkenal bagi menggantikan UPSR.

"Tuisyen ini adalah sistem pembelajaran secara atas talian. Selain memberi ilmu kepada pelajar, ia juga mendedahkan mereka kepada teknologi maklumat supaya dapat menimba ilmu secara berkesan dan menyeronokkan," katanya.


Related Post

  • LAHAD DATU - MILF VS MNLFKUALA LUMPUR 20 Mac - Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) menolak dakwaan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan …
  • FAM siasat Raja!Pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal memberi arahan kepada pemain pada sesi latihan di Kelana Jaya, semalam. - F…
  • Ipad Apple kena godamNew York: Seorang lelaki dihukum penjara tiga tahun lima bulan kerana menggodam dan mencuri data peribadi 120,000 penggu…
  • ISU saman Shahrizat ke atas RafiziKuala Lumpur: Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, semalam, memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, bahawa…
  • Rawat kanser cara Islam  DAN kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (al-Isr…
0 Komentar untuk "i-TR1M bantu 20,000 pelajar"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info