ISU LAHAD DATU - Pengganas Sulu tukar strategi

LAHAD DATU 6 Mac - Kes pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo yang berlanjutan hampir tiga minggu bertambah rumit apabila pengganas kini menukar strategi dengan menyamar sebagai penduduk kampung.
 
Taktik yang digunakan itu menyulitkan pihak keselamatan memandangkan kawasan Felda Sahabat di sini, bukan sahaja amat luas tetapi mempunyai ramai penduduk berketurunan Suluk sekali gus menyukarkan proses pengecaman.
 
Malah, kumpulan pengganas itu juga dikatakan mempunyai sanak-saudara di kawasan kampung selain terdapat dalam kalangan mereka turut mendapat taraf penduduk tetap.
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar meminta masyarakat di kawasan terbabit sentiasa berhati-hati bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini dalam situasi ketika ini.



Related Post

  • Jumpa bank jika terbengkalaiKUALA LUMPUR – Pembeli rumah yang menghadapi projek terbengkalai dinasihat mendapatkan bantuan terus daripada bank yang …
  • Neelofa mengakui selesa dengan HansPETALING JAYA – Pelakon jelita Noor Neelofa Mohd. Noor, 23, mengakui selesa berkawan dengan aktor terkenal, Hans Isaac, …
  • Jadikan rumah lebih murahKUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menimbangkan untuk membiayai kos infrastruktur bagi membolehkan pemaju swasta membina leb…
  • Jerman hampir diaibkanBERLIN - Sweden bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat Jerman 4-4 pada aksi Kumpulan C kempen kelayakan Piala Dunia…
  • Wanita sembunyi arak curi di celah pahaKUALA LUMPUR – Guna baju labuh untuk sembunyi barang. Itulah taktik seorang wanita ketika mencuri lima karton minuman ke…
0 Komentar untuk "ISU LAHAD DATU - Pengganas Sulu tukar strategi"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info