Minyak baru di jumpai

Satu lagi penemuan minyak dibuat di negara ini apabila Lundin Petroleum AB menerusi syarikat milik penuhnya, Lundin Malaysia BV menemui sumber tenaga itu di telaga Ara-1, di luar pesisir Semenanjung.

Firma Sweden itu dalam kenyataannya mengumumkan penemuan berkenaan semalam berkata Ara-1 di Blok PM308A digali sedalam 4,030 meter menggunakan pelantar West Courageous pada kedalaman air 75 meter.
Sasar penemuan seterusnya


Objektif telaga itu adalah untuk menyasar penemuan seterusnya pasir minyak di antara rekahan seperti yang pernah ditemui di telaga Janglau-1 yang digali oleh kumpulan pada 2011, kata syarikat itu.

Syarikat itu berkata, Ara-1 telah menemui sembilan lapisan halus pasir yang mengandungi minyak dalam bahagian antara rekahan tekanan tinggi dalam kedudukan menegak sepanjang 800 meter.

Telaga itu mengesahkan adanya minyak antara rekahan di sepanjang struktur kompleks yang sangat besar di timur laut PM308A.

Ia juga menemui simpanan pasir yang efektif pada kedalaman di bawah 3,500 meter. Zon minyak ditemui di Ara-1 secara individu bagaimanapun adalah lebih nipis daripada jangkaan sebelum penggalian, katanya.
Kerja sudah pun bermula

Lundin Petroleum berkata, Ara-1 ditanda dan ditinggalkan sebagai telaga penemuan minyak selepas program penilaian telaga diselesaikan.

Kerja sudah pun bermula untuk menganggarkan lingkungan sumber yang ditemui, katanya.

Syarikat itu bercadang untuk memuatkan hasil penemuan itu ke dalam set data seismik 3D serantau yang diperluaskan baru-baru ini untuk mengenal pasti kawasan di mana sumber simpanan tempatan boleh dimajukan serta menghasilkan prospek penggalian gred tinggi pada masa akan datang.


Related Post

  • Kepulangan Ashari ceriakan skuad PenyuKuala Terengganu: Kepulangan penyerang prolifik, Ashari Shamsudin selepas penggantungan perlawanan mencetus rasa ceria j…
  • Titik pun bolehKuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bahawa selain tanda pangkah X pada kertas undi, tanda lain sepe…
  • Gambar budak 11 tahun mati dirogol dan bunuhKlang: Budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dirogol, ditemui mati di kawasan tempat letak kereta di Lorong B…
  • Cara penipuan internet di buatKuching: Polis menahan 84 warga China dan Taiwan yang disyaki terbabit dalam kegiatan penipuan internet membabitkan keru…
  • Jolie bedah payudara LOS ANGELES - Pelakon jelita Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan, dia telah menjalani pembedahan mastektomi pada ke…
0 Komentar untuk "Minyak baru di jumpai"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info