Aplikasi PRU-13 percuma untuk pengguna telefon pintar Android, Apple

KUALA LUMPUR: Maklumat Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 boleh diakses dengan lebih mudah menerusi aplikasi telefon pintar yang dicipta khusus untuk memenuhi keperluan generasi celik teknologi maklumat.

Aplikasi dinamakan 'Undi PRU13', dicipta oleh syarikat pembangunan aplikasi tempatan, Appandus Sdn Bhd dan ia, boleh dimuat turun pengguna secara percuma melalui Google Playstore atau Apple App Store.
Menurut laman sesawang syarikat itu, aplikasi berkenaan menyediakan maklumat antara lain, kedudukan 727 kawasan pilihan raya kecuali kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) Sarawak, nama bekas dan penyandang kerusi Parlimen dan kerusi DUN, nama parti serta carian fleksibel untuk apa-apa maklumat lain.


Maklumat itu dikumpul dan disusun daripada data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Wikipedia.

Syarikat itu menyatakan pengguna aplikasi itu juga akan dimaklumkan mengenai tarikh-tarikh penting berkaitan PRU13 serta kempen ceramah.

"Pengguna juga boleh berkongsi keputusan, berita atau maklumat melalui Facebook, Twitter atau e-mel," katanya.


Related Post

  • Gambar bayi yang di selamatkan dari paipPetugas pemadam kebakaran di timur China berhasil menyelamatkan bayi yang baru lahir dan dibuang ke dalam toilet dan ter…
  • Pahang kena rm100 000, JDT rm20 000Kelana Jaya: Insiden kekecohan penyokong sehingga menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul M…
  • Cara buat kapetIndia terkenal tidak hanya dalam hal sejarah dan arsitektur yang indah, tetapi juga untuk karpet buatan tangan. Seni mem…
  • Filem Tanda PuteraPerbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) patut membenarkan filem 'Tanda Putera' ditayang kepada orang ramai, …
  • Piya, Khyril digugur dari skuad RajagopalKelana Jaya: Kapten Kelantan, Badhri Radzi dan penyerang Kedah, Khyril Muhymeen Zambri hampir pasti digugurkan daripada …
0 Komentar untuk "Aplikasi PRU-13 percuma untuk pengguna telefon pintar Android, Apple"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info