Okinawa (Jepun): Selepas melihat kejayaan Wan Zack Haikal Wan Nor membantu FC Ryukyu meraih kemenangan 2-1 ke atas Sagawa Printing, kelmarin ia membangkitkan semangat seorang lagi pemain negara, Nazirul Naim Che Hashim untuk turun beraksi.
“Sudah menjadi kebiasaan buat semua pemain berasa gugup ketika diturunkan buat kali pertama. Tetapi saya anggap itu sebagai satu perkara positif untuk cuba membantu pasukan mencatat keputusan baik.
“Kalau ikutkan kecederaan saya boleh sembuh dalam masa seminggu dan kalau lambat pun mungkin boleh sampai dua minggu. Sasaran saya nak bantu kelab berada di kedudukan teratas liga,” katanya ketika ditemui, semalam.
Belajar bahasa Jepun
Pada penampilan pertama, Wan Zack mendapat pujian ramai pihak termasuk dikalangan peminat tempatan di Jepun yang jelas berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan bekas pemain Harimau Muda A itu.
Kemenangan itu membantu FC Ryukyu melonjak ke kedudukan kelima carta Liga Divisyen Tiga Jepun dengan mengumpul 11 mata dan dijadualkan bertemu Yokohama S&CC pada Sabtu ini.
“Setakat ini saya sudah tahu beberapa perkataan Jepun dan turut menggunakan bahasa badan ketika berkomunikasi bersama pemain lain,” katanya.
“Sudah menjadi kebiasaan buat semua pemain berasa gugup ketika diturunkan buat kali pertama. Tetapi saya anggap itu sebagai satu perkara positif untuk cuba membantu pasukan mencatat keputusan baik.
Belajar bahasa Jepun
Pada penampilan pertama, Wan Zack mendapat pujian ramai pihak termasuk dikalangan peminat tempatan di Jepun yang jelas berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan bekas pemain Harimau Muda A itu.
Kemenangan itu membantu FC Ryukyu melonjak ke kedudukan kelima carta Liga Divisyen Tiga Jepun dengan mengumpul 11 mata dan dijadualkan bertemu Yokohama S&CC pada Sabtu ini.
“Setakat ini saya sudah tahu beberapa perkataan Jepun dan turut menggunakan bahasa badan ketika berkomunikasi bersama pemain lain,” katanya.
0 Komentar untuk "Nazirul tidak sabar beraksi untuk FC Ryukyu"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...