Rumah Erra Fazira cuba di masukki pencuri

KUALA LUMPUR 2 April - Rumah pelakon terkenal, Erra Fazira atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik, 38, di Seksyen 20, Damansara dekat sini cuba dipecah masuk hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, suspek yang menaiki kereta Honda berwarna putih dikatakan memasuki kawasan rumah pelakon terbabit melalui pagar hadapan.

Bagaimanapun jiran kepada pelakon filem Maria Mariana itu, yang curiga dengan kehadiran suspek, segera menghubungi pihak polis.

"Suspek yang tidak sempat masuk ke dalam rumah, bergegas melarikan diri sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak polis," kata sumber polis kepada Utusan Online.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya masih memburu suspek terbabit bagi membantu siasatan.

Arjunaidi turut memuji tindakan pantas jiran terbabit yang segera melaporkan kejadian mencurigakan kepada pihak polis.

Dalam pada itu, Erra ketika dihubungi Utusan Online memberitahu, ketika kejadian, dia berada di sekolah anaknya di Bangsar.

"Sebaik sahaja menerima panggilan jiran, saya bergegas menyelesaikan segala urusan sebelum pulang ke rumah kira-kira pukul 4 petang.

"Syukur kerana penjenayah tidak sempat memasuki bahagian dalam rumah dan hanya berada di garaj rumah saya sahaja," katanya


Related Post

  • Puteri Arab Saudi diugut bayar RM1.5jaLondon: Kerabat diraja Arab Saudi, Puteri Basmah Binti Saud bin Abdulaziz bertindak membuat pendedahan selepas komputern…
  • Naik teksi guna iPhone, AndroidPenumpang di Lembah Klang kini boleh membuat tempahan teksi secara dalam talian melalui iPhone dan telefon mudah alih pi…
  • Unit 61398 PLA dituduh penggodamBeijing/San Francisco: Satu unit rahsia tentera China dituduh dalang beberapa cubaan menggodam menyebabkan Beijing menaf…
  • FAM nafi berat sebelahKuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam menafikan badan induk itu bersikap berat sebelah dalam menang…
  • Beli gelaran Datuk SeriShah Alam: Seorang kontraktor dihukum penjara lima tahun selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, t…
0 Komentar untuk "Rumah Erra Fazira cuba di masukki pencuri"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info