Kewujudan kedai kosmetik Korea seiring dengan fenomena Gangnam style yang menjadi kegilaan dan trend seluruh masyarakat dalam negara serta di seluruh dunia.
Malah kejelitaan wajah si pelakon dan penyanyi Korea yang menghiasi layar televisyen serta menjadi pujaan dan trend kosmetik rata-rata wanita hari ini, menjadi penyumbang utama pembukaan kedai kosmetik Korea pertama dunia, Lovely Korea Beauty Premium.
Pembukaan butik itu yang juga pertama di Malaysia adalah langkah permulaan dengan kerjasama Kerajaan Korea Selatan, di bawah pengendalian Institut Industri Pembangunan Kesihatan Korea (Khidi), untuk menjadi peneraju global dalam segmen kecantikan sekali gus membantu mempromosikan produk di pasaran luar.
Dengan menggunakan konsep baru untuk mempromosikan eksport industri dan produk kosmetik terbaik yang dihasilkan menggunakan teknologi canggih dan jaminan kualiti terbaik oleh 12 syarikat pengeluar produk kosmetik Korea Selatan.
Ketua Pengarah Khidi, Kyung Won Jang berkata, Lovely Beauty Premium berhasrat memperluaskan kehadiran di Malaysia dalam menuju ke arah pasaran Amerika Syarikat (AS) sebagai pasaran kosmetik terbesar dunia.
"Memandangkan gaya solekan unik wanita Korea menjadi ikutan di kalangan wanita Asia, Lovely Beauty Premium merancang untuk mempelbagaikan usaha mempromosikan kosmetik Korea Selatan di negara ini.
"Kami yakin dengan populariti fesyen dan trend Korea yang menular di kalangan rakyat negara ini, dapat menarik pasaran tempatan dan global pada masa akan datang, sekali gus mengukuhkan industri kosmetik Korea memasuki pasaran di Asean," katanya, ketika pembukaan kedai kosmetik pertama di KL Festival City Mall, Kuala Lumpur.
Mahu Malaysia jadi contoh
menurut Won Jang, daripada 12 syarikat kosmetik yang dipamerkan di Beauty Premium itu, lebih 500 syarikat kosmetik lain turut bersaing sebelum berjaya melalui pusingan kelayakan dari segi kualiti dan keselamatan penggunaan untuk ke pasaran negara ini.
Jang berkata, Korea mahu menjadikan Malaysia sebagai negara contoh kepada negara lain dengan membuka kedai Beauty Premium di negara lain dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
"Namun, terlebih dahulu kami akan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam mengembangkan pasaran di negara ini sebelum memasuki pasaran negara lain," katanya, yang melalui proses perbincangan selama hampir lima bulan sebelum membuka kedai seumpama ini di Malaysia.
Dalam usaha itu, Kerajaan Korea turut membelanjakan AS$200,000 (RM610,133) bagi membuka satu-satunya butik Lovely Korea Beauty Premium.
Katanya, industri kosmetik Korea Selatan telah mengubah haluan yang dahulunya menumpukan import kepada eksport. Maka, tidak hairanlah, Kerajaan Korea memilih Malaysia sebagai sasaran utama untuk industri eksport bagi produk kosmetik kerana Malaysia adalah peneraju idea di kalangan negara-negara Asia Tenggara.
Won Jang berkata, butik ini akan menjadi orang tengah kepada syarikat tempatan dalam negara yang berminat untuk mengedarkan produk-produk kosmetik Korea di seluruh negara.

Info
-Lovely Korea Beauty Premium adalah kedai kosmetik Korea pertama diMalaysia dan dunia.
- Ditubuhkan bersama Kerajaan Korea Selatan, Khidi, Kementerian Kesihatandan Kebajikan (MOHW).
- Diuruskan oleh The Sops Seoul of VOV Hair & Beauty Sdn Bhd.
- Antara 12 jenama adalah Atotheraphy, Beauty Club Red, Hanbul Cosmetics, HBMIC, Imine, Kennedy & Kennedy, Kolmar Korea, Neopharm Co Ltd, SkinCureInc, UCL, Weme International dan Zero to Seven Inc
0 Komentar untuk "Advertorial - Kosmetik K-Pop"
Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...