Apex harap penyokong terima keputusan

KOTA BHARU – "Apa jua keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hari ini (semalam), biarlah semua penyokong parti masing-masing terima dengan hati terbuka."

Itu harapan disuarakan penjaga gol utama Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang berpeluang mengundi buat pertama kali pada pilihan raya umum di Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, semalam.

Khairul Fahmi atau dikenali panggilan Apex berkata, sebarang keputusan PRU13 sama ada memihak kerajaan sedia ada atau bertukar baharu perlu diterima secara matang selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

"Terimalah keputusan dengan baik dan saya percaya orang kita (rakyat) cukup matang dan bijak dalam berpolitik. Harap tidak ada apa-apa insiden buruk berlaku," katanya kepada Sinar Harian semalam.

"Bagi saya, sama ada Barisan Nasional atau Pas yang menang, biarlah sahaja rakyat tentukan. Itu hak mereka sebagai pengundi untuk menentukan kemenangan parti yang dinaungi masing-masing.

Penjaga gol berusia 24 tahun itu berkata, apa lebih penting individu yang dipilih selaku pemimpin perlu melaksanakan amanah dan tanggungjawab mereka terhadap rakyat selain memastikan keamanan negara terus terjaga.

Dalam pada itu, Apex yang ditemani abang iparnya, Tengku Abdullah Tengku Hussin akui teruja dapat kembali ke sekolah lama di mana bakatnya dalam sukan bola sepak mula dikesan untuk mengundi pada PRU13 ini.

"Sudah pasti teruja kerana berpeluang merasai suasana mengundi buat pertama kali. Sebagai rakyat, saya perlu menunaikan kewajipan untuk keluar mengundi bagi memilih pemimpin negara kita," katanya.


Related Post

  • 10 KHASIAT DAN KEBAIKAN PISANGPisang merupakan buah tropika yang mudah kita temui di Malaysia. Selain itu, harganya pun juga agak murah berbanding den…
  • Jualan Mercedes-Benz Malaysia naik 22%Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd mencatat peningkatan 22 peratus jumlah jualan kepada 2,233 unit dalam tempoh separuh pert…
  • Punca gemuk!Masalah berat badan berlebihan kini menjadi isu yang semakin serius dalam masyarakat kita. Ramai yang mengambil pendekat…
  • 10 khasiat buah delimaDelima (punica granatum) adalah tanaman buah-buahan yang dapat tumbuh hingga 5-8 m. Tanaman ini diperkirakan berasal dar…
  • Wan Azri Mahu Dipenjarakan Bersama Anwar IbrahimIndividu yang didakwa sebagai ' Papagomo', Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini menerusi laman sosial Twitternya…
0 Komentar untuk "Apex harap penyokong terima keputusan"

Dah baca? Sudikanlah beri komen sepatah dua ya...

 
Copyright © 2015 naima afrina - All Rights Reserved
Template By Catatan Info